Ihsan-i: Pinjaman KWSP MBSB Sehingga RM50,000

Bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berusia 40 hingga 55 tahun, anda boleh memohon pinjaman daripada MBSB Bank sehingga RM50,000 menerusi pinjaman KWSP MBSB yang dipanggil Ihsan-i.

Ihsan-i adalah kemudahan pembiayaan peribadi yang disediakan oleh MBSB Bank bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif.

Pembiayaan ini bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan yang diperlukan menerusi cagaran daripada akaun 2 KWSP mereka.

Jumlah Pembiayaan Pinjaman KWSP MBSB

Jumlah pembiayaan yang akan diberikan adalah minima RM3,000 dan maksima RM50,000.

Tempoh Pembiayaan & Kadar Keuntungan

Tempoh pembiayaan adalah minima 2 tahun dan maksima selama 10 tahun.

Kadar pembiayaan pula telah ditetapkan pada SBR + 1.75% setahun dengan kadar siling 15% setahun.

Jadual Pembayaran Balik

Pembayaran balik boleh dilihat melalui jadual di bawah:

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon pembiayaan ini adalah seperti di bawah:

  1. Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Permohonan adalah sekali sahaja.
  4. Permohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan.
  5. Permohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan.
  6. Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.
  7. Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000.
  8. Amaun pengeluaran akan dibayar kepada MBSB Bank apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50 sehingga 55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli.
  9. Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh MBSB Bank yang dimohon.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan di bawah:

  1. Buat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Kemudian, buat permohonan melalui portal MBSB Bank https://www.fsa2mbsbbank.com.
  3. Buat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal MBSB Bank, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh MBSB Bank berkenaan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pinjaman KWSP MBSB atau Ihsan-i ini, sila layari laman web https://www.mbsbbank.com/bm/consumer-banking/financing/fsa.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: