Permohonan IKN: Institut Kraf Negara Sesi Akademik 2024/2025

Institut Kraf Negara (IKN) mengalu-alukan permohonan daripada mereka yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang kraf di institusi tersebut bagi sesi 2024/2025.

Berikut merupakan maklumat mengenai IKN dan cara untuk memohon.

Mengenai IKN

IKN adalah sebuah institusi latihan kemahiran awam yang menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kraf seiring dengan kehendak industri.

Menerusi pengajian di institusi ini, pelajar akan diberi kemudahan dan program latihan secara formal dengan konsep pendidikan secara ‘hands-on’ dalam bidang kemahiran pembuatan seni kraf.

Untuk mereka yang berminat, permohonan dibuka mulai dari 5 Januari 2024 hingga 31 Mei 2024.

Kemudahan Yang Disediakan

Kemudahan yang disediakan bagi penuntut di institusi ini adalah:

  • Asrama percuma
  • Makan dan minum percuma
  • Bahan dan alat bengkel disediakan
  • Elaun sara hidup bulanan disediakan
  • Pelindungan insurans berkelompok disediakan

Laluan Kerjaya

Laluan kerjaya bagi lepasan institut ini adalah seperti:

  • Usahawan kraf
  • Artisan kreatif
  • Pekerja mahir kraf
  • Penjawat perkhidmatan awam
  • Penjawat swasta

Program Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan bagi individu yang berminat untuk menyambung pengajian di institut ini adalah seperti berikut:

i) Jurusan Seni Kraf Batik

  • Sijil Seni Kraf Batik (Sepenuh Masa)
  • Operasi Pengeluaran Batik (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Batik (Sepenuh Masa)

ii) Jurusan Seni Kraf Kayu

  • Sijil Seni Kraf Kayu (Sepenuh Masa)
  • Pengukiran Kayu (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Kayu (Sepenuh Masa)

iii) Jurusan Seni Kraf Logam

  • Sijil Seni Kraf Logam (Sepenuh Masa)
  • Kraf Barang Kemas (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Logam (Sepenuh Masa)

iv) Jurusan Seni Kraf Rotan

  • Sijil Seni Kraf Rotan (Sepenuh Masa)
  • Jurukraf Rotan Kanan (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Jurukraf Rotan Kanan (Inanam Sabah) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Rotan (Sepenuh Masa)

v) Jurusan Seni Kraf Seramik

  • Sijil Seni Kraf Seramik (Sepenuh Masa)
  • Pengeluaran Kraf Seramik (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Seramik (Sepenuh Masa)

vi) Jurusan Seni Kraf Tenunan

  • Sijil Seni Kraf Tenunan (Sepenuh Masa)
  • Penyelia Songket & Dastar (IKN) (Sepenuh Masa)
  • Penyelia Songket & Dastar (Kota Belud, Sabah) (Sepenuh Masa)
  • Penyelia Tenunan Pua (Betong Sarawak) (Sepenuh Masa)
  • Penyelia Songket & Dastar (Kuching Sarawak) (Sepenuh Masa)
  • Diploma Seni Kraf Tenunan (Sepenuh Masa)

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i) Peringkat Sijil Seni Kraf

  1. Memenuhi Syarat Am Institut; dan
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 1 (satu) kredit dalam mana-mana mata pelajaran; atau
  3. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan dan Lulus SPM atau setara; dan
  4. Lulus temuduga dan ujian lukisan.

ii) Peringkat Sijil Kemahiran Malaysia

  1. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  2. Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.

iii) Peringkat Diploma

  1. Memenuhi Syarat Am Institut; dan
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; atau
  3. Sijil Seni Kraf dari Institut Kraf Negara; atau
  4. SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan SPM dengan minimum satu kredit atau setara dengannya; dan
  5. Lulus temu duga dan ujian lukisan.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti tatacara permohonan iaitu:

  1. Layari pautan permohonan http://cms.ikn.edu.my/application/index.asp.
  2. Lengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap.
  3. Pastikan maklumat permohonan lengkap diisi.
  4. Klik ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Keterangan Lanjut

Keterangan lanjut mengenai kemasukan ke IKN, sila hubungi talian 03-6091 5322.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: