ILJTM 2023: Permohonan Kemasukan ILP, ADTEC & JMTI
Bagi individu yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang TVET bagi kemasukan Februari 2023, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mengalu-alukan kepada semua pelajar lepasan SPM dan SKM/ST yang ingin melanjutkan pengajian ke Program TVET di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).
ILJTM merupakan institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang menawarkan program TVET yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan.
Untuk makluman, terdapat 3 ILJTM yang menawarkan program TVET iaitu:
- Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI)
- Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
- Institut Latihan Perindustrian (ILP)
Oleh itu, individu yang berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke ILJTM bagi sesi Februari 2023 mulai 30 Oktober 2022 sehingga 28 November 2022.
Keistimewaan Yang Diperoleh
Pelajar yang menyambung pengajian di ILJTM akan memperolehi beberapa keistimewaan seperti:
- Kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
- Yuran pengajian, penginapan, makan dan minum adalah percuma serta elaun bulanan sebanyak RM100 bagi program Sijil.
- Yuran pengajian, penginapan, makan dan minum adalah percuma serta elaun bulanan sebanyak RM300 bagi pelajar OKU.
Bidang Yang Ditawarkan
Bidang yang ditawarkan menerusi pengajian di ILJTM adalah seperti berikut:
- Kimpalan
- Pengangkutan
- Perkhidmatan Kejuruteraan
- Pembuatan
- Penyenggaraan Elektrik
- Elektronik
- Percetakan
- Sivil
- ICT
- Pengeluaran Produk
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut iaitu:
- Layari laman web permohonan iaitu http://www.jtm.gov.my/2015v3/index.php/ms/permohonaniljtm.
- Pilih dan klik butang sama ada ‘Lepasan SPM’ atau ‘Lepasan SKM/ST.’
- Jika pemohon daripada lepasan SPM, pilh tahun menduduki SPM dan klik butang ‘Seterusnya.’
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Seterusnya.’
- Pilih kursus dan buat permohonan sehingga selesai.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai permohonan ke ILJTM, sila layari laman web https://www.jtm.gov.my/.