Iltizam Anak Selangor merupakan bantuan dalam bentuk caruman yang diberikan kepada anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor sebanyak RM100 setiap tahun selama 5 tahun yang akan dimasukkan menerusi akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime.
Bagi pelaksanaan inisiatif ini, Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor mendapat manfaat ini.
Wang tabungan SSPN Prime tersebut hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak-anak tersebut mencecah 18 tahun.
Pelaksanaan inisiatif ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi pembukaan akaun SSPN Prime bagi anak-anak yang baru dilahirkan di Negeri Selangor.
Permohonan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 dan tempoh permohonan akan dibuka sehingga mencapai kouta 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.
Mengenai SSPN Prime
SPPN Prime yang sebelum ini dikenali sebagai SSPN-i adalah produk simpanan yang diperkenalkan sejak 2004.
Ini adalah produk simpanan jangka masa panjang bagi memupuk sifat menabung dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil.
Antara keistimewaan bagi mereka yang membuka akaun SSPN Prime ini adalah seperti berikut:
- Simpanan adalah patuh syariah.
- Simpanan dijamin kerajaan.
- Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000
- Pelindungan takaful percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 ke atas.
- Layak untuk memohon pinjaman PTPTN.
- Geran sepadan sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak.
- Dividen yang akan diterima adalah kompetitif.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi inisiatif ini adalah seperti berikut:
i) Kriteria Anak
- Anak kelahiran bermula tahun 2022.
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor.
- Sedang menetap di Negeri Selangor.
ii) Kriteria Ibu Bapa
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Sedang menetap di Negeri Selangor.
- Pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
Tatacara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut:
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://www.anas.yawas.com.my.
- Dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dimuatnaik dalam sistem permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dalam talian dibuat.
- Permohonan boleh disemak melalui di laman web https://www.anas.yawas.com.my.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:
- Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:Salinan sijil lahir anak.
- Salinan IC Ibu/ bapa/penjaga yang sah yang layak menjadi pendeposit akaun SSPN Prime anak.
- Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR.
- Salinan Surat Akuan Berkanun/Sijil Anak Angkat.
- Salinan akuan sumpah (hubungan selain ibubapa kandung/angkat).
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Iltizam Anak Selangor, sila layari laman web https://anas.yawas.com.my/.