Iltizam Anak Selangor (ANAS): Caruman Anak Baru Lahir RM100

Di dalam Belanjawan 2023, kerajaan Negeri Selangor menerusikan salah satu inisiatif yang diwujudkan sebelum ini iaitu Iltizam Anak Selangor (ANAS).

ANAS merupakan bantuan dalam bentuk caruman yang diberikan kepada anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor sebanyak RM100 setiap tahun selama 5 tahun yang akan dimasukkan menerusi akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime.

Wang tabungan SSPN Prime tersebut hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak-anak tersebut mencecah 18 tahun.

Dalam Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan RM3 juta untuk menjayakan ANAS dengan sasaran 30,000 penerima.

Permohonan boleh dibuat dan tempoh permohonan akan dibuka sehingga mencapai kouta 30,000 orang pemohon.

Mengenai SSPN Prime

SPPN Prime yang sebelum ini dikenali sebagai SSPN-i adalah produk simpanan yang diperkenalkan sejak 2004.

Ini adalah produk simpanan jangka masa panjang bagi memupuk sifat menabung dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil.

Antara keistimewaan bagi mereka yang membuka akaun SSPN Prime ini adalah seperti berikut:

  • Simpanan adalah patuh syariah.
  • Simpanan dijamin kerajaan.
  • Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000
  • Pelindungan takaful percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 ke atas.
  • Layak untuk memohon pinjaman PTPTN.
  • Geran sepadan sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak.
  • Dividen yang akan diterima adalah kompetitif.

Syarat Permohonan Iltizam Anak Selangor (ANAS)

Syarat permohonan bagi inisiatif ini adalah seperti berikut:

i) Kriteria Anak

  1. Anak kelahiran bermula tahun 2022.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Lahir di Selangor.
  4. Sedang menetap di Negeri Selangor.

ii) Kriteria Ibu Bapa

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Sedang menetap di Negeri Selangor.
  4. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor.

Tatacara Memohon Iltizam Anak Selangor (ANAS)

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut:

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://www.anas.yawas.com.my.
  2. Dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dimuatnaik dalam sistem permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dalam talian dibuat.
  3. Permohonan boleh disemak melalui di laman web https://www.anas.yawas.com.my.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:Salinan sijil lahir anak.
  2. Salinan IC Ibu/ bapa/penjaga yang sah yang layak menjadi pendeposit akaun SSPN Prime anak.
  3. Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR.
  4. Salinan Surat Akuan Berkanun/Sijil Anak Angkat.
  5. Salinan akuan sumpah (hubungan selain ibubapa kandung/angkat).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai ANAS, sila layari laman web https://anas.yawas.com.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: