Inisiatif Sukan Rahmah: Diskaun Peralatan Sukan Sehingga 30%

Inisiatif Sukan Rahmah telah dilancarkan sebagai program kesinambungan daripada inisiatif Payung Rahmah bagi membantu rakyat kurang berkemampuan untuk membeli peralatan sukan dengan harga diskaun.

Insiatif ini yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh ini juga bertujuan untuk menyokong aktiviti sukan dalam negara.

Tambahan pula, inisiatif ini mampu memberikan peluang kepada kanak-kanak dan golongan B40 yang mahu bersukan, tetapi mungkin ada kekangan kewangan mendapatkan peralatan untuk mampu untuk beli dan sama-sama bersukan.

Pengenalan inisiatif ini oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah sebagai mendokong usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya usaha ‘Rahmah’ ini diteruskan.

Mengenai Inisiatif Sukan Rahmah

Untuk permulaan, inisiatif ini dilaksanakan di Pasar Raya AEON Big seluruh negara.

AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia terdiri daripada AEON Stor, AEON MALL, AEON BiG, MaxValu Prime, AEON Wellness, Daiso dan Komai-so di seluruh negara.

Menerusi inisiatif ini, orang ramai boleh menikmati diskaun antara 10 hingga 30 peratus, selama 10 minggu bermula 1 Ogos 2023 hingga 14 Oktober 2023.

Pihak kementerian juga akan berusaha untuk memastikan vendor lain terlibat dalam inisiatif ini.

Jenis Peralatan Sukan

Inisiatif ini akan melibatkan diskaun lebih 100 jenis peralatan dan pakaian sukan.

Antara jenis peralatan sukan yang akan menerima diskaun sehingga 30 peratus menerusi inisiatif ini adalah seperti berikut:

  • Peralatan Yoga
  • Rangkaian Aksesori/Peralatan Kecergasan
  • Rangkaian Bola Sepak dan Bola Keranjang
  • Badminton Raket
  • Basikal 12 inci
  • Basikal 16 inci
  • Helmet Dewasa/Helmet Kanak-Kanak dengan Set Pelindung
  • Kolam
  • Papan Renang
  • Bra Sukan Wanita
  • Baju Sukan
  • Seluar Sukan

Lokasi Aeon Big

Bagi mendapatkan barangan kelengkapan sukan dengan diskaun menerusi inisiatif ini, orang ramai boleh mendapatkannya di cawangan Aeon Big di seluruh negara.

Untuk mengetahui lokasi Aeon Big di seluruh negara, sila layari laman web https://aeonbig.com.my/store-locator.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif Sukan Rahmah di Aeon Big, sila layari laman web https://aeonbig.com.my/inisiatif-sukan-rahmah/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: