7 Intipati Pengumuman Khas Perdana Menteri Sempena Hari Raya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pengumuman khas sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Berikut merupakan beberapa berita gembira sempena pengumuman khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada hari ini.

1. Tol Rahmah Percuma 4 Hari

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Tol Rahmah iaitu tol percuma selama empat hari bermula 19 April 2023 hingga 21 April 2023 (Rabu hingga Jumaat) dan 24 April 2023 (Isnin).

Ini akan melibatkan sebanyak 33 lebuhraya dan terpakai bagi semua jenis kelas kenderaan.

2. Diskaun Khas Pengusaha Menu Rahmah

Kerajaan dengan kerjasama pasaraya terpilih bersetuju menawarkan harga barangan mentah pada kadar diskaun khas dalam memastikan kelestarian insiatif Menu Rahmah.

3. Kadar Khas Saman PDRM

Kerajaan juga mengumumkan akan memberikan kadar khas bayaran saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik bagi 2022 dan sebelumnya dengan kadar RM50 sahaja.

Walau bagaimanapun, kadar khas bayaran saman ini tidak terpakai bagi saman trafik pada tahun 2023 sebaliknya hanya untuk saman tahun 2022 dan sebelumnya.

4. Harga Simen Berpatutan

Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen berpatutan.

Tumpuan diberikan kepada kategori rumah mampu milik RM300 ribu ke bawah yang bakal dimanfaat B40 dan M40.

5. Pelaksanaan Orang Bebas Berlesen

Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).

6. Penyelenggaran Jalan Persekutuan

Kerajaan juga akan menambah peruntukan RM250 juta selenggara Jalan Persekutuan di seluruh negara,

Kerja-kerja penyelenggaraan ini akan diagih khusus manfaat kontraktor kecil Bumiputera.

7. Cuti Pelepasan Am Tambahan

Kerajaan juga bersetuju memberi 1 hari cuti pelepasan am tambahan seperti berikut:

  • Jika 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, kerajaan bersetuju menetapkan Isnin hari pelepasan am.
  • Jika 1 Syawal jatuh hari Sabtu, kerajaan menetapkan hari Jumaat sebagai hari pelepasan am.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/662583

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: