Permohonan Insentif Kecemerlangan Pendidikan SPM Yayasan Veteran ATM

Yayasan Veteran ATM sedang membuka permohonan Insentif Kecemerlangan Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk anak-anak Veteran ATM yang cemerlang dalam peperiksaan tahun 2021.

Untuk pengetahuan, Yayasan Veteran ATM ditubuhkan pada tahun 2004 dan didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965 sebagai Syarikat Berhad dengan jaminan dan ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia.

Yayasan ini ditubuh berdasarkan matlamat utamanya iaitu memantapkan program-program kebajikan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM melalui sumber kewangan dari sumbangan orang ramai termasuk sektor korporat dan pelaburan Yayasan.

Salah satu program kebajikan yang ditawarkan adalah melalui insentif kecemerlangan ini kepada ank veteran ATM yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Anak veteran ATM yang ingin memohon insentif ini boleh membuat permohonan menrusi pautan permohonan yang disediakan sebelum 1 Oktober 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi permohonan insentif ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka untuk anak-anak Veteran ATM yang menduduki SPM 2021 (Peperiksaan dijalankan pada 2 Mac 2022 hingga 29 Mac 2022).
  2. Tuntutan insentif ini hanya kepada calon yang mendapat keputusan SPM 2021 yang diumumkan pada 16 Jun 2022.
  3. Keputusan SPM pemohon mestilah sekurang-kurangnya 6A- dan ke atas.
  4. Pemohon hanya layak memohon sekali sahaja.
  5. Keutamaan insentif adalah kepada pemohon yang memperolehi keputusan paling cemerlang.
  6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Oktober 2022.

Cara Memohon

Pemohon yang ingin membuat permohonan boleh memohon menerusi langkah berikut:

  1. Klik pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfj7kqvSmH0NhAMkCzhKdEFkrxIrfy-vJhizf-j1AihGO1Q5Q/viewform?fbclid=IwAR1QIsPHVT86F_NWhtMARrxkfsl4GSppzKuupaZQpeMZrZQw81VkPmjkg2Q.
  2. Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan tersebut.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan MyKad Veteran ATM.
  2. Surat akuan berkanun/Sijil Anak Angkat bagi anak angkat di bawah jagaan yang sah.
  3. Sijil nikah bagi permohonan jika Pelajar SPM/Anak Veteran ATM adalah anak tiri.
  4. Sijil kelahiran bagi permohonan jika Pelajar SPM/Anak Veteran ATM adalah anak tiri.
  5. MyKad/MyKid pelajar SPM.
  6. Sijil keputuan SPM.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Insentif Kecemerlangan Pendidikan SPM, sila hubungi Yayasan Veteran ATM:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: