Insentif Kerjaya Madani: Permohonan Mulai 1 Mei 2023

Menerusi Belanjawan 2023, kerajaan akan melaksanakan 3 Insentif Kerjaya Madani mulai 1 Mei 2023.

Insentif Kerjaya Madani ialah inisiatif penambahbaikan dalam membantu kumpulan sasar dari sudut penempatan pekerjaan.

Insentif ini akan dapat mewujudkan ekonomi yang lebih berdaya tahan dan inklusif, di mana semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada peluang pekerjaan dan perlindungan sosial.

Permohonan bagi insentif-insentif ini dibuka mulai 1 Mei 2023.

Jenis Insentif

Terdapat 3 jenis insentif ini yang diumumkan kerajaan iaitu:

  • Program Daya Kerjaya
  • Daya Kerjaya TVET
  • Program Bina Kerjaya.

1. Program Daya Kerjaya

Program Daya Kerja ialah bantuan kepada majikan yang membuat pengambilan pekerja baharu daripada golongan mudah terjejas mulai 1 Januari 2023.

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah:

  1. Individu menganggur tegar/Belia yang menganggur secara berpanjangan.
  2. Wanita/Ibu Tunggal atau suri rumah yang tidak aktif bekerja.
  3. Tempoh menganggur sebelum pengambilan sekurang-kurangnya 2 bulan.

Kadar dan tempoh insentif yang ditawarkan adalah:

  1. RM600 kepada majikan bagi setiap pekerja.
  2. Maksima 3 bulan kepada majikan.

2. Daya Kerjaya TVET

Program Daya Kerjaya TVET ialah program Transisi Pekerjaan untuk Perantisan TVET & Lepasan Sekolah merupakan satu insentif latihan yang merupakan Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) menerusi tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000.

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Graduan institusi awam dan swasta yang diiktiraf oleh agensi seperti Malaysia Qualification Agency (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau setaraf.
  2. Taraf pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia dan ke bawah.
  3. Berumur 16 sehingga 40 tahun.
  4. Tempoh menganggur sebelum pengambilan sekurang-kurangnya 2 bulan.

Kadar dan tempoh insentif yang ditawarkan adalah:

  1. Yuran Latihan Kompentesi dan RPEL – sehingga RM2,500
  2. Yuran Latihan Profesional dan Microcredential – sehingga RM4,000
Insentif Kerjaya Madani

3. Program Bina Kerjaya

Program Bina Kerjaya diwujudkan untuk meningkatkan potensi individu bekerja di bawah Sektor Tidak Formal memperoleh pekerjaan formal melalui pengajian RP pengiktirafan pencapaian terdahulu (RPEL), microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf IPTA/IPTS/JPK/MQA/badan ikhtisas/pusat bertauliah yang diiktiraf oleh badan peneraju industri seperti ACCA, BOE, dan MIA.

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pekerja gig, bekerja sendiri, petani, nelayan, atau seumpamanya serta peniaga sambilan kecil-kecilan di pasar malam atau sebagainya.
  2. Berumur 16 tahun hingga 40 tahun.

Kadar dan tempoh insentif yang ditawarkan adalah:

  • Kadar bayaran latihan sehingga RM4,000.
  • Elaun sebanyak RM300 sebulan untuk 3 bulan.
Insentif Kerjaya Madani

Cara Memohon Insentif Kerjaya Madani

Permohonan insentif ini boleh dibuat menerusi pautan https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/.

Maklumat Lanjut Insentif Kerjaya Madani

Maklumat lanjut mengenai insentif ini, sila layari laman web PERKESO iaitu https://www.perkeso.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: