Insentif Khas Taska Swasta 2025 Kelantan

Bagi pemilik taska swasta di Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan telah menyediakan Insentif Khas Taska Swasta 2025.

Berikut adalah maklumat atau info mengenai insentif khas ini.

Mengenai Insentif Khas Taska Swasta

Insentif Khas Taska Swasta telah diwujudkan bermula pada tahun 2021 oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Insentif ini bagi membantu taska menyediakan keperluan dan fasiliti taska yang kondusif dan selamat untuk kanak-kanak.

Selain itu, insentif ini juga menggalakkan taska menyediakan modul pendidikan awal kanak-kanak bagi meningkatkan potensi perkembangan kanak-kanak.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka 10 Jun 2025 (Selasa) dan tamat pada 19 Jun 2025 (Khamis).

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon insentif ini adalah seperti berikut:

  1. TASKA telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun. 
  2. TASKA berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 
  3. Tidak pernah disabitkan dengan apa-apa tuduhan atau kesalahan. 
  4. TASKA tidak pernah menerima bantuan Insentif Taska dari Kerajaan Negeri atau Geran Penubuhan TASKA di Tempat Kerja dari Kemetenterian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).  
  5. Permohonan ini terhad kepada satu permohonan sahaja bagi seorang pengusaha (bagi yang mempunyai cawangan). Hanya satu permohonan yang akan diterima jika pengusaha menghantar permohonan lebih daripada satu.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat denga muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1OIFiDL-Jwbq7ZdydLVjxlAlCCsiN2oyk/view.

Borang boleh dihantar secara, scan, serahan tangan atau pos di alamat:

URUS SETIA KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN KELUARGA
DAN WANITA KERAJAAN NEGERI KELANTAN
Aras 2, Blok 2, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu Kelantan.

Dokumen Yang Disertakan

Dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Sijil Pendaftaran SSM TASKA
  3. Salinan Perakuan Pendaftaran TASKA
  4. Kertas Kerja Permohonan

Info Lanjut

Info lanjut mengenai insentif ini, sila hubungi talian 0139836915 – Hotline Unit Pembangunan Keluarga.

Baca juga: Permohonan Tajaan Pendidikan Huffaz Profesional

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: