Insentif Mahasiswa Johor: RM200 Kredit eWallet TnG
Mahasiswa dan mahasiswi anak Johor yang melanjutkan pelajaran di IPT dalam negara dialu-alukan memohon Insentif Mahasiswa Johor (IMAJ).
Berikut adalah maklumat dan info mengenai insentif ini.
Mengenai Insentif Mahasiswa Johor
Insentif Mahasiswa Johor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri yang disalurkan melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi memberikan Bantuan Tunai secara one-off sebanyak RM200.00 kepada setiap Mahasiswa Anak Johor yang melanjutkan pelajaran diseluruh Malaysia.
Ia selaras dengan objektif YPJ yang bertujuan untuk kekal aktif menaja dan memberi bantuan kewangan serta peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam kalangan anak negeri Johor.
Insentif ini juga diberikan sebagai bentuk sokongan awal pembelajaran dan disalurkan terus ke eWallet Touch ‘n Go, yang kini diintegrasikan bersama Kad Siswa Johor (Kad Visa) — mudah, pantas dan tanpa tunai.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 21 April hingga 5 Mei 2025.
Jumlah Insentif
Jumlah insentif yang akan diberikan adalah RM200 secara one-off, khas untuk mahasiswa anak Johor yang sedang melanjutkan pengajian di institusi dalam negara
Bantuan ini tanpa mengira pendapatan keluarga dan terbuka kepada pelajar di semua semester.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan insentif ini adalah seperti berikut:
- Lahir atau menetap di Negeri Johor, dan sekiranya menetap, perlu menetap sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
- Pelajar IPTA Sepenuh Masa (Universiti, Politeknik, Kolej/Institusi) peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
- Pelajar IPTS Sepenuh Masa (di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ) peringkat Sijil atau Diploma.
- Pelajar Program Matrikulasi Sepenuh Masa.
- Terbuka – tiada had tahun pengajian.
- Tiada had pendapatan isi rumah.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan http://bantuan-ypj.com/mohon_imaj.php.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai insentif ini, sila layari laman web YPJ iaitu https://portal.ypj.gov.my/.
Baca juga: Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ Sesi 1 2025