Insentif Pendidikan Kelahiran Baru 2022 Anak Veteran ATM

Anak veteran ATM yang dilahirkan pada tahun 2022 berpeluang untuk mendapat Insentif Pendidikan Kelahiran Baru 2022 daripada Yayasan Veteran ATM (YVATM).

Insentif Pendidikan Kelahiran Baru ini merupakan satu insentif kepada anak-anak Veteran ATM yang lahir pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

Ini bagi menyediakan satu simpanan pendidikan khas kepada anak-anak Veteran ATM bagi persediaan ke institusi pengajian tinggi.

Permohonan insentif ini boleh dibuat sehingga 31 Mac 2023 dan/atau setelah mencapai 1,000 orang pemohon.

Manfaat Yang Diperoleh

Insentif pendidikan yang ditawarkan adalah berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional Prime (SSPN Prime).

Simpanan ini menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti:

  • Pemberian dividen setiap tahun.
  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000.00.
  • Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga.
  • Perlindungan takaful percuma.
  • Khairat kematian.

Syarat Permohonan

Terdapat 4 syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti:

  1. Terbuka kepada anak-anak Veteran ATM beragama Islam yang lahir pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disimber 2022.
  2. Permohonan yang berjaya akan menerima insentif RM1,000.00 berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional Prime (SSPN Prime).
  3. Permohonan terbuka kepada 1,000 orang anak-anak Veteran ATM sahaja.
  4. Simpanan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

Cara Memohon

Ibu bapa yang berminat, sila membuat permohonan seperti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan https://yvatm.my/#/insentif-pendidikan.
  2. Klik butang ‘Klik Butang Mendaftar.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Hantar.’

Dokumen Yang Diperlukan

Muat naik dokumen yang diperlukan iaitu:

  1. Kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)
  2. Kad pengenalan anak (depan dan belakang)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Insentif Pendidikan Kelahiran Baru 2022, layari laman web https://yvatm.my/#/insentif-pendidikan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: