INSIS YP: Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak

Pelajar anak Negeri Perak yang melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti/IPT dalam dan luar negara.adalah dialu-alukan untuk memohon Insentif Siswa Yayasan Perak (INSIS YP).

INSIS YP adalah bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti/IPT di dalam dan luar negara.

Sebelum ini, bantuan ini dikenali sebagai Dermasiswa Yayasan Perak.

Tarikh tutup permohonan bantuan ini adalah 3 bulan daripada tarikh pendaftaran masuk ke IPT.

Objektif Insentif Siswa Yayasan Perak (INSIS YP)

Objektif bantuan ini diberikan adalah untuk:

  • Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.
  • Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  • Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  • Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

Kadar Pemberian Bantuan

Kadar pemberian bantuan ini adalah seperti berikut:

i) Dalam Negara

Tahap PengajianKadar Pemberian
Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional)RM300.00
DiplomaRM500.00
Ijazah Sarjana MudaRM1,000.00
Ijazah Sarjana (Master)RM1,500.00
Ijazah Doktor Falsafah (PhD)RM2,000.00

ii) Luar Negara

Tahap PengajianKategori AKategori B
DiplomaRM1,500.00RM2,500.00
Ijazah Sarjana MudaRM3,000.00RM5,000.00
Ijazah Sarjana/Ijazah Doktor FalsafahRM4,000.00RM6,500.00

Agihan mengikut kategori dan negara adalah seperti berikut:

i) Kategori A

  1. Afrika Selatan
  2. Algeria
  3. Bangladesh
  4. Ethiopia
  5. Filipina
  6. India
  7. Indonesia
  8. Kenya
  9. Libya
  10. Mesir
  11. Myanmar
  12. Nigeria
  13. Pakistan
  14. Sri Lanka
  15. Sudan
  16. Syria
  17. Thailand
  18. Uganda
  19. West Indies

ii) Kategori B

  1. Amerika Syarikat
  2. Arab Saudi
  3. Australia
  4. Austria
  5. Belgium
  6. Brunei
  7. China
  8. Denmark
  9. Finland
  10. Greece
  11. Hong Kong
  12. Hungary
  13. Iceland
  14. Iran
  15. Iraq
  16. Itali
  17. Jerman
  18. Jepun
  19. Jordan
  20. Kanada
  21. Korea Selatan
  22. Kuwait
  23. Luxembourg
  24. Maghribi
  25. Malta
  26. Netherlands
  27. New Zealand
  28. Norway
  29. Perancis
  30. Poland
  31. Portugal
  32. Republik Czech
  33. Republik Ireland
  34. Russia
  35. Sepanyol
  36. Singapura
  37. Sweden
  38. Switzerland
  39. Taiwan
  40. Turki
  41. Ukraine
  42. United Kingdom

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu semester pertama tahun pertama pengajian sahaja.
  2. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian sepenuh masa peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara tidak termasuk dalam bantuan ini.
  4. Merupakan anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:
    – Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, atau
    – Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun, atau
    – Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
    – Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  5. Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok). Untuk pemohon yang telah bekerja/berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.

Tatacara Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak (INSIS YP)

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:

  1. Layari laman web http://dsys.com.my/syarat2.php?id=f151d68894e3596d4c646070ce1f3d1ccc50a94a.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang “Hantar Permohonan.”
  4. Kemudian, hantar dokumen yang diperlukan ke Yayasan Perak di alamat:

    Yayasan Perak, Tingkat 1,
    Wisma Yayasan Perak,
    No 111 Jalan Sultan Idris Shah,
    30000 Ipoh.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan dan dihantar kepada Yayasan Perak adalah seperti berikut:

  1. Maklumat Permohonan yang dicetak selepas membuat permohonan dan mendapat sokongan Penghulu/Ketua Kampung dan perakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
  2. Salinan Surat Tawaran terkini yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas).
  3. Salinan kad pengenalan (Mykad) Pelajar, Ibu dan Bapa yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas).
  4. Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas).
  5. Salinan slip ‘Bank-In’ Yuran Pendaftaran yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas).
  6. Penyata pendapatan (Slip Gaji) Bapa & Ibu / Penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas). Sekiranya bekerja sendiri atau pesara, sila kepilkan Salinan Penyata Pencen Bulanan atau dapatkan Surat Pengesahan Pendapatan daripada Penghulu/Ketua Kampung.
  7. Salinan Surat Kematian atau Surat Bercerai (jika berkaitan).

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai INSIS YP, sila hubungi Yayasan Perak di talian 05-255 2929.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: