Kuota Internet Tambahan Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

Kerajaan telah mengumumkan untuk memberikan kouta internet tambahan percuma sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Tahukah anda apakah kuota internet percuma dan bagaimana cara untuk menikmati kuota khas ini pada Hari Raya?

Jom kami kongsikan selanjutnya.

Kuota Internet Tambahan Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

lnisiatif ini disediakan secara kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia.

Antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat adalah:

  • Maxis
  • CelcomDigi
  • Unifi Mobile
  • Umobile
  • YES

Menerusi inisiatif ini, para pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Hari Raya Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei 2023.

Usaha kerajaan dan semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat ini selari dengan konsep RAHMAH dalam meringankan kos sara hidup serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

Berikut merupakan inisiatif yang ditawarkan mengikut syarikat telekomunikasi yang terlibat iaitu Maxis, CelcomDigi, Unifi Mobile dan YES:

1. Maxis

  • Bonus 100GB dengan pelan Internet Hotlink MU.
  • Tempoh tertakluk kepada tempoh sah laku pas yang dibeli.
  • Sah sehingga 15 Mei 2023.

2. CelcomDigi

  • Pelan video HD 555GB RM5.00 untuk melayari video dan tempoh sah laku selama 4 hari.
  • Sah sehingga 15 Mei 2023.

3. Unifi Mobile

  • Pulangan tunai RM5.00 dengan pelan internet prabayar 4G/5G.
  • RM35 data 4G dan 5G tanpa had dan panggilan tanpa had selama 30 hari.
  • Sah sehingga 5 Mei 2023.

4. Umobile

  • Bonus 10GB dengan pelan Pakej Perpaduan.
  • Sah sehingga 15 Mei 2023.

5. YES

  • Bonus 44GB data dengan tempoh sah laku selama 7 hari.
  • Sah sehingga 15 Mei 2023.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kouta internet tambahan percuma sempena Hari Raya Aidilfitri, sila layari laman web Kementerian Komunikasi dan Multimedia di pautan https://www.kkd.gov.my/.

Anda juga boleh menghubungi pusat perhubungan pelangan syarikat telco masing-masing bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai tawaran ini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: