Intipati Bajet 2023 Berkaitan Pendidikan

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini telah mengumumkan Bajet 2023 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama.’

Bajet 2023 melibatkan peruntukan sebanyak RM372.3 bilion yang dipandu oleh agenda 3R iaitu Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis.

Di dalam bajet ini, pendidikan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus menerima peruntukan terbesar iaitu sejumlah RM55.6 bilion.

Senarai Inisiatif/Bantuan Pendidikan

Antara senarai inisiatif atau bantuan pendidikan yang diumumkan adalah seperti berikut:

  • Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dinaikkan kepada RM150 bagi meringankan beban ibu bapa berpendapatan RM3,000 ke bawah.
  • Kadar makanan bermasak RMT daripada RM2.50 kepada RM3 untuk Semenanjung dan dari RM3 kepada RM4 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, bermula Oktober 2022.
  • Pembinaan sebanyak 10 taska KEMAS baharu dan tiga projek baharu di Port Dickson, Negeri Sembilan, Limbang, Sarawak dan Pasir Puteh, Kelantan.
  • Melanjutkan pelepasan cukai bayaran yuran TASKA dan TADIKA sehingga RM3,000 bagi yang berdaftar dengan kerajaan sehingga tahun taksiran 2024.
  • Penubuhan Pusat Transit-Anjung Sinar sebagai pusat sementara untuk anak-anak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Diskaun pinjaman PTPTN yang:
    – 20 peratus bagi pembayaran penyelesaian penuh
    – 15 peratus ditawarkan kepada penyelesaian pembayaran 50 peratus daripada baki hutang.
    – 15 peratus lagi diberi bagi bayaran yang dibuat secara potongan gaji.
  • RM700 juta Peruntukan Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) pada tahun 2023, untuk ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan hampir 3,700 buah sekolah.
  • RM1.1 bilion bagi penyelenggaraan dan pembaikan sekolah merangkumi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Agama.
  • RM1.2 bilion bagi menaiktaraf infrastuktur sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak.
  • Pembinaan 5 sekolah baharu melibatkan RM430 juta iaitu:
    – SMK Nabalu Sabah
    – SMK Dudong Sarawak
    – SK Paya Dusun Terengganu
    – SK Cyberjaya 2
    – SMK Denai Alam Selangor

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/bajet-2023-sektor-pendidikan-terima-peruntukan-terbesar-384720

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: