IPR: Inisiatif Pendapatan Rakyat Keluarga Miskin Tegar & B40

Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif baharu untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya keluarga miskin tegar dan B40 iaitu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Inisiatif ini merupakan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.

Selain itu, inisiatif ini juga menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan.

Kategori IPR

Kategori IPR yang disasarkan adalah seperti berikut:

  • Usahawan Tani
  • Usahawan Makanan
  • Operator Perkhidmatan

Sasaran Penggerak IPR

Sasaran penggerak IPR adalah seperti berikut:

i) Inisiatif Usahawan Tani (Inisiatif Usahawan Tani)

  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi

ii) Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)

  • Pengusaha mesin menjual (vending machine)
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf

ii) Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)

  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis
  • Premis-premis agensi kerajaan

Cara Daftar

Untuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web iaitu https://ipr.epu.gov.my/sign_up.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang ‘Hantar.’
  4. Klik bahagian ‘Log Masuk.’
  5. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, layari laman web https://ipr.epu.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: