Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2025

Untuk pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) tahun 2025, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan bertulis UPKK 2025 untuk seluruh negara.
Berikut adalah maklumat mengenai jadual UPKK bagi sesi 2025.
Mengenai UPKK
UPKK adalah salah satu bentuk ujian yang akan diduduki oleh murid Tahun 5 Sekolah Agama yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.
Ujian ini menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian mereka.
Peperiksaan ini adalah bersijil dan diuruskan oleh JAKIM dengan pelaksanaanya akan dilakukan di sekolah.
Bidang-bidang yang dinilai dalam peperiksaan ini adalah seperti berikut:
- Al-Quran
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat)
- Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah)
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
- Penghayatan Cara Hidup Islam
- Amali Solat
Bentuk penilaian peperiksaan ini adalah seperti berikut:
i) Bentuk Lisan
- Al-Quran
ii) Bentuk Amali
- Amali Solat
iii) Bentuk Lisan & Pemerhatian
- Penghayatan Cara Hidup Islam
iv) Bentuk Penulisan
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
- Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah)
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
Gred & Skala
Pencapaian tiap-tiap tahap berdasarkan gred dan skala berikut:
| Gred | Keterangan | Skala |
| 2A | Tahap Cemerlang | 80-100 |
| 3B | Tahap Baik | 60-79 |
| 4C | Tahap Memuaskan | 40-59 |
| 5D | Tahap Kurang Memuaskan | 01-39 |
Tarikh Peperiksaan
Tarikh peperiksaan UPKK 2025 adalah pada 7 April sehingga 20 November 2025.
Jadual Peperiksaan
Berikut merupakan jadual peperiksaan IPK dan UPKK adalah seperti berikut:

Info Lanjut
Info lanjut mengenai tarikh IPK & UPKK 2025, sila layari laman web https://simpeni.islam.gov.my/.
Baca juga: SSeM: Permohonan Kemasukan Sekolah Seni Malaysia 2026



