PSRA: Jadual Terkini Penilaian Sekolah Rendah Agama 2025

Bagi murid yang bakal mengambil peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2025, jadual peperiksaan kini boleh disemak.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai peperiksaan ini.

Mengenai PSRA

Untuk makluman, Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) ialah peperiksaan yang tersendiri untuk murid di Sekolah Rendah Agama di Negeri Selangor.

Ia adalah PSRA adalah peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak JAIS yang dijalankan ke atas pelajar darjah 6 di sekolah KAFA di Negeri Selangor sahaja.

Sijil peperiksaan merupakan salah satu dokumen penting untuk permohonan pelajar bagi kemasukan tingkatan 1 ke Sekolah Menengah Agama dibawah kelolaan kerajaan Negeri Selangor.

Skop Penilaian

Sukatan pembelajaran bagi peperiksaan ini hanya bermula dari darjah 4 hingga 6 sahaja.

Skop penilaian bagi peperiksaan ini terdiri daripada mata pelajaran berikut:

  • Al-Quran dan Hafazan
  • Akhlak/Sirah
  • Tajwid
  • Tauhid/Feqah
  • Bahasa Arab
  • Jawi, Khat

Pangkat Pemarkahan

Murid akan dinilai pemarkahan mereka menerusi pangkat pemarkahan iaitu:

  • Mumtaz (Cemerlang)
  • Jayyid Jiddan (Sangat baik)
  • Jayyid (Baik)
  • Maqbul (Lulus)
  • Musaadah (Perlu Bimbingan)

Kepentingan PSRA

Bagi murid yang berjaya mendapat pangkat pemarkahan yang cemerlang dalam peperiksaan ini berpeluang untuk menyambung pengajian ke institusi berikut:

  • Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS)
  • Sekolah-sekolah Agama Menengah (SABK) Negeri Selangor

Selain itu, murid yang mengambil peperiksaan ini mempunyai kelebihan bagi kemasukan ke:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP KPM)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) – Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
  • Kelas Aliran Agama (KAA)
  • Mahaad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS)

Tarikh Peperiksaan

Tarikh peperiksaan PSRA ini adalah pada 29-30 September 2025 dan 1-3 Oktober 2025.

Jadual Peperiksaan

Jadual peperiksaan ini untuk tahun 2025 boleh dillihat menerusi jadual di bawah:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai peperiksaan ini, sila layari laman web https://pendidikan.jais.gov.my/.

Baca juga: Permohonan Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM) 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: