Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024

Untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, pihak Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan yang akan berlangsung bermula 2 Disember 2024.

Berikut adalah maklumat dan inf mengenai jadual peperiksaan ini.

Mengenai SPM

Untuk makluman, SPM merupakan peperiksaan kebangsaan yang utama yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.

Peperiksaan ini perlu diambil oleh semua pelajar yang telah menamatkan pendidikan menengah, atau yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah.

Keputusan peperiksaan ini juga akan digunakan untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan kursus yang ingin diambil kelak.

Jenis Peperiksaan

Terdapat 4 jenis peperiksaan yang akan dijalankan ini iaitu:

  • Ujian Bertutur
  • Ujian Amali
  • Ujian Mendengar
  • Peperiksaan Bertulis

Tarikh Peperiksaan SPM 2024

Berikut adalah tarikh peperiksaan ini untuk tahun 2024

  • Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 2 hingga 5 Disember 2024
  • Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 16 hingga 19 Disember 2024
  • Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi): 9, 10 dan 12 Disember 2024
  • Ujian Amali Sains Tambahan: 12 Disember 2024
  • Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris: 31 Disember 2024
  • Peperiksaan Bertulis: 2 Januari 2025 hingga 6 Februari 2025

Jadual Ujian Bertutur

Berikut adalah jadual bagi ujian bertutur:

Jadual Ujian Amali

Untuk ujian amali, berikut merupakan jadual ujian ini:

Ujian Mendengar

Bagi ujian mendengar, berikut adalah jadual bagi ujian ini:

Peperiksaan Bertulis

Bagi peperiksaan bertulis, jadual penuh peperiksaan ini boleh dirujuk seperti di bawah:

Muat Turun Jadual Peperiksaan SPM 2024

Jadual peperiksaan ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web LP iaitu http://lp.moe.gov.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: