Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025

Bagi murid yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) 2025, anda boleh merujuk Jadual SPM 2025.
Berikut adalah maklumat mengenai jadual peperiksaan ini.
Apa Itu SPM?
SPM ialah merupakan peperiksaan kebangsaan yang utama yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.
Tambahan pula, peperiksaan ini perlu diambil oleh semua pelajar yang telah menamatkan pendidikan menengah, atau yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah.
Keputusan peperiksaan ini juga akan digunakan untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan kursus yang ingin diambil kelak.
Jenis Peperiksaan
4 jenis peperiksaan yang akan dijalankan bagi peperiksaan SPM iaitu:
- Ujian Bertutur
- Ujian Amali
- Ujian Mendengar
- Peperiksaan Bertulis
Tarikh Peperiksaan SPM 2025
Berikut adalah tarikh peperiksaan ini untuk tahun 2025 iaitu:
- Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 3 hingga 6 November 2025
- Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 10 hingga 13 November 2025
- Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi): 17 hingga 19 November 2025
- Ujian Amali Sains Tambahan: 19 November 2025
- Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris: 20 November 2025
- Peperiksaan Bertulis: 25 November hingga 23 November 2025

Jadual Ujian Bertutur
Berikut adalah jadual bagi ujian bertutur:


Jadual Ujian Amali
Untuk ujian amali, berikut merupakan jadual ujian ini:




Ujian Mendengar
Bagi ujian mendengar, berikut adalah jadual bagi ujian ini:

Peperiksaan Bertulis
Untuk peperiksaan bertulis, jadual penuh peperiksaan ini boleh dirujuk seperti di bawah:








Muat Turun Jadual Peperiksaan SPM 2025
Muat Turun Jadual Peperiksaan SPM 2025:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web LP iaitu http://lp.moe.gov.my.
Baca juga: SMAN Pahang: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2026



