Jadual & Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan jadual dan tarikh peperiksaan bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang akan berlangsung mulai 2 hingga 20 Mac 2022.

Untuk makluman, SPM merupakan peperiksaan menengah kebangsaan yang utama, yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.

Peperiksaan ini terbuka kepada semua pelajar yang telah menamatkan pendidikan menengah, atau mereka yang telah menyempurnakan sekurang-kurangnya 5 tahun pendidikan menengah.

Objektif Pelaksanaan SPM

Objektif utama pelaksanaan SPM adalah persijilan mata pelajaran yang merekodkan pencapaian pelajar/calon dalam setiap mata pelajaran yang lulus sahaja berserta dengan syarat minimum lulus Bahasa Melayu.

SPM juga penting kerana peperiksaan ini lazimnya digunakan untuk kemasukan ke institut pengajian tinggi berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran yang sesuai dengan kursus yang dipohon.

Peperiksaan ini juga digunakan untuk kelayakan mendapatkan biasiswa pengajian tinggi dan juga bagi tujuan permohonan pekerjaan.

Matapelajaran SPM

Bagi murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM, mereka akan menduduki peperiksaan yang dibahagikan kepada dua jenis matapelajaran iaitu wajib dan elektif.

Matapelajaran wajib adalah seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris/GCE O Level English
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Sejarah
  • Mathematics/Matematik
  • Sains- Bagi aliran Sastera, Perdagangan dan Kesenian sahaja.

Untuk matapelajaran elektif pula, ia terbahagi kepada 6 aliran iaitu:

i) Aliran Sains Tulen

  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • English for Science and Technology

ii) Aliran Sains Tulen Agama

  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • English for Science and Technology
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam
  • Bahasa Arab Tinggi

iii) Aliran Ikhtisas

  • Matematik Tambahan
  • Sains
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Bahasa Arab Tinggi

iv) Aliran Sains Kemanusiaan

  • Matematik tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • English for Science and Technology
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Geografi

v) Aliran Kesusasteraan/Kesenian

  • Sains Tambahan
  • Geografi
  • Kesusasteraan Melayu
  • Literature in English
  • Kesusasteraan Cina
  • Kesusasteraan Tamil
  • Pendidikan Seni Visual
  • Ekonomi Rumah Tangga
  • Pendidikan Muzik

vi) Aliran Perdagangan

  • Matematik Tambahan
  • Sains Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan

Jadual Peperiksaan

Bagi calon SPM sesi 2021, jadual dan tarikh peperiksaan setakat ini yang dikeluarkan oleh KPM adalah seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual dan tarikh peperiksaan SPM 2021, sila layari laman web KPM di https://www.moe.gov.my/ atau Lembaga Peperiksaan Malaysia di pautan http://lp.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: