Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis UPKK 2024

Untuk pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) tahun 2024, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan bertulis UPKK 2024 untuk seluruh negara.

Berikut adalah maklumat mengenai jadual UPKK bagi sesi 2024.

Mengenai UPKK

UPKK adalah salah satu bentuk ujian yang akan diduduki oleh murid Tahun 5 Sekolah Agama yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.

Ujian ini menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian mereka.

Peperiksaan ini adalah bersijil dan diuruskan oleh JAKIM dengan pelaksanaanya akan dilakukan di sekolah.

Bidang-bidang yang dinilai dalam peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  • Al-Quran
  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat)
  • Sirah
  • Adab (Akhlak Islamiyah)
  • Jawi dan Khat
  • Asas Lughatul Quran
  • Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Amali Solat

Bentuk penilaian peperiksaan ini adalah seperti berikut:

i) Bentuk Lisan

  • Al-Quran

ii) Bentuk Amali

  • Amali Solat

iii) Bentuk Lisan & Pemerhatian

  • Penghayatan Cara Hidup Islam

iv) Bentuk Penulisan 

  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
  • Sirah
  • Adab (Akhlak Islamiyah)
  • Jawi dan Khat
  • Asas Lughatul Quran

Gred & Skala

Pencapaian tiap-tiap tahap berdasarkan gred dan skala berikut:

GredKeteranganSkala
2ATahap Cemerlang80-100
3BTahap Baik60-79
4CTahap Memuaskan40-59
5DTahap Kurang Memuaskan01-39

Tarikh Peperiksaan Bertulis UPKK 2024

Tarikh peperiksaan ini bagi bertulis adalah pada 6 Januari 2025 sehingga 9 Januari 2025.

Jadual Peperiksaan Bertulis UPKK 2024

Berikut merupakan jadual peperiksaan bertulis UPKK bagi tahun 2024:

Info Lanjut Tarikh UPKK 2024

Info lanjut mengenai tarikh UPKK 2024, sila layari laman web https://simpeni.islam.gov.my/.

Baca juga: Permohonan Program Laluan Pantas SPM Huffaz Selangor 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: