SPMU 2025: Jadual Waktu Peperiksaan SPM Ulangan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bahawa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan dilaksanakan dari 15 sehingga 17 Julai 2025.
Berikut adalah maklumat mengenai jadual peperiksaan ini.
Mengenai SPMU
Untuk makluman, SPMU ialah ialah peperiksaan SPM yang dijalankan kali kedua bagi calon yang gagal dalam SPM pada kali pertama.
SPMU merupakan peperiksaan yang dijalankan bagi pelajar yang ingin mengulang kertas peperiksaan SPM selepas gagal dalam SPM pada kali pertama.
Peperiksaan ini dilaksanakan bagi memberikan peluang kedua kepada pelajar untuk memperbaiki keputusan peperiksaan SPM mereka pada tahun tersebut.
Tarikh Peperiksaan
Tarikh peperiksaan ini akan diadakan adalah pada 15, 16 dan 17 Julai 2025.
Mata Pelajaran Yang Terlibat
Mata pelajaran yang terlibat dalam peperiksaan ini ialah:
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Matematik
Jadual Waktu SPMU 2025
Berikut adalah jadual waktu peperiksaan ini untuk tahun 2025:
Garis Panduan Pelaksanaan SPMU 2025
Garis panduan pelaksanaan peperiksaan ini boleh dirujuk menerusi file di bawah:
Cara Membuat Semakan Keputusan SPMU
Apabila keputusan SPMU diumumkan, pelajar boleh membuat semakan keputusan peperiksaan menerusi cara-cara berikut:
i) Dalam Talian
Semakan keputusan boleh dibuat menerusi dalam talian melalui pautan http://myresultspmu.moe.gov.my.
ii) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) di telefon bimbit masing-masing.
Untuk mendapatkan keputusan peperiksaan ini, taip SPMU<jarak>NoKP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.
iii) Secara Manual
Bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, sila berhubung dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan keputusan peperiksaan SPMU tahun 2023.
Info Mengenai SPMU
Info lanjut mengenai keputusan peperiksaan SPMU, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/.
Baca juga: PSPM: Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi KPM