Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA JAIM

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah membuka permohonan bagi untuk mengisi jawatan kosong sebagai Guru Kelas Al-Quran dan dan Fardhu Ain (KAFA) secara kontrak.

KAFA merupakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain yang dijalankan bermula Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan mengguna pakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Individu yang berminat boleh membuat permohonan dengan segera sebelum 19 Mei 2022, jam 1.00 petang menerusi borang permohonan yang disediakan.

Borang permohonan yang lewat dikemukakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diproses.

Jumlah Elaun

Jumlah elaun yang akan diberikan menerusi jawatan kosong ini adalah sebanyak RM 1,000.00 sebulan.

Tempoh Kontrak

Tempoh kontrak yang ditawarkan menerusi jawatan kosong ini adalah selama 3 tahun.

Lokasi Penempatan

Lokasi penempatan bagi permohonan jawatan ini adalah di Daerah Melaka Tengah.

Adalah diingatkan, pemohon yang berjaya perlu bersedia untuk ditempatkan dimana-mana lokasi yang ditetapkan oleh jabatan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi untuk memohon jawatan kosong ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Sihat tubuh badan dan disahkan oleh Pengamal Perubatan atau Pergigian Berdaftar;
  4. Pemohon memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelulusan berikut:
    – Kepujian dalam Bahasa Melayu (sekurangnya Gred C).
    – Merupakan lepasan Sekolah Menengah Agama atau Sekolah Menengah Kebangsaan dengan kepujian dalam Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah.
    – Berpengetahuan dalam bacaan Al-Quran dan tulisan jawi; dan
    – Lulus bagi subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).

Tatacara Permohonan

Individu yang berminat boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1Ivqi59UxXrdNEK42NTktHizoSzLVrT7l/view?fbclid=IwAR1lIM7_gcEnw00KGWK8H4cH8thulvAacLme9RMhC6l3b3Jokxnu5rGl9UU.
  2. Lengkapkan borang permohonan tersebut.
  3. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan ke alamat berikut:

    Pengarah,
    Jabatan Agama Islam Melaka,
    Aras 2, Pusat Islam Melaka,
    Jalan Bukit Palah,
    75400 Melaka.
    (u.p: Bahagian Khidmat Pengurusan)

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dihantar kepada pihak JAIM bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Surat Beranak
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan keputusan SPM; atau
  4. Sijil Akademik Peringkat Institut/Universiti Tertinggi; atau
  5. Sijil Ikhtisas

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai jawatan kosong Guru KAFA JAIM, sila hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia 2 (PSM2), Bahagian Khidmat Pengurusan, JAIM di talian 06-333 3333 samb 5612/5690.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: