Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Johor 2025

Rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau warganegara Malaysia yang telah menetap di Negeri Johor tidak kurang daripada 3 (tiga) tahun berturut-turut serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa untuk memohon jawatan Guru KAFA Johor untuk tahun 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.

Mengenai Kelas KAFA

Kelas KAFA merupakan suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain.

Untuk makluman, KAFA merupakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain yang dijalankan untuk pelajar sekolah rendah bermula Tahun 1 sehingga Tahun 6.

Permohonan jawatan ini dibuka 14 NOVEMBER 2024 jam 12.00 tengahari SEHINGGA 28 NOVEMBER 2024 jam 5.00 petang.

Taraf Jawatan & Elaun Guru KAFA Johor

Taraf jawatan yang ditawarkan adalah secara kontrak dengan elaun tetap yang ditawarkan adalah sebanyak RM1,612.00.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon jawatan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) mempunyai sekurang-kurangnya 4 kepujian termasuk Bahasa Melayu, Pendidikan Islam/Tasawwur Islam/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Al-Qur’an dan As-Sunnah/Al-Syariah/Usul Al Din/Manahij Al-U’lum Al-Islamiah.
  3. Lulus Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mua’sirah di peringkat SPM.
  4. Lulus Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) sekurang-kurangnya pangkat dua; atau
  5. Lulus Sijil Sekolah Menengah Agama yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Agama Johor (LPAJ) – SMRA/SMA/STAM dan yang setaraf dengannya (SMU/STU).

Cara Memohon

Untuk memohon jawatan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Permohonan hanya diterima secara online melalui link https://forms.gle/BynJVrPotjVs6FUCA.
  2. Pastikan anda mempunyai akaun/ Emel GMAIL yang Aktif.
  3. Pemohon perlu Log in emel untuk membuat 3 Permohonan. (Satu Emel Hanya Untuk Seorang Pemohon Sahaja).
  4. Pastikan anda telah menyediakan dokumen-dokumen lampiran yang diperlukan dalam bentuk Soft Copy.
  5. Sila semak semua butiran yang telah diisi. Pastikan is lengkap dan maklumat yang diberikan adalah benar.
  6. Pastikan anda tanda dibahagian akuan sebelum menghantar borang permohonan ini.
  7. Permohonan Lewat yang dihantar selepas jam 5.00 petang pada 28 November 2024 (khamis) tidak akan diproses.
  8. Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan akan dihubungi untuk menghadiri temuduga.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan sijil SPM pemohon.
  3. Salinan sijil SDKA/SMRA/SMA/STAM atau SMU/STU pemohon.
  4. Salinan sijil lain yang berkaitan sekiranya ada.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan kosong guru KAFA Johor 2025, sila layari Facebook iaitu https://www.facebook.com/BPIJOHOR.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: