Individu di Negeri Kedah yang berminat untuk menjadi guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri tersebut, permohonan untuk jawatan ini telah dibuka.
Untuk makluman, kelas KAFA merupakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain yang dijalankan untuk pelajar sekolah rendah bermula Tahun 1 hingga Tahun 6.
Kelas ini adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain.
Permohonan bagi jawatan ini dibuka sehingga 6 Disember 2022 secara atas talian.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan untuk permohonan jawatan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan:
– Kepujian Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu;
– Kepujian Pendidikan Islam atau kepujian Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah ATAU kepujian Pendidikan Syariah Islamiah; dan
– Lulus Bahasa Arab atau yang setaraf dengannya - Tinggal dan bermastautin di Negeri Kedah.
- Memiliki lesen memandu yang sah.
- Telah mengambil dos lengkap Vaksinasi COVID-19
- Sihat mental dan fizikal.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan berikut https://bit.ly/kafakedah.
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Pastikan semua maklumat permohonan diisi.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
- Gambar berukuran pasport.
- Sijil Pelajaran Malaysia.
- Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan/Julai (jika berkaitan).
- Sijil Pengesahan Vaksinasi Lengkap COVID-19.
– Muat turun sijil melalui aplikasi MySejahtera.
Ujian Kelayakan
Pemohon yang layak untuk menduduki Ujian Kelayakan Guru KAFA Kedah (Online) yang akan dimaklumkan melalui email dalam tempoh 7 hari selepas tarikh tutup permohonan (tertakluk kepada perubahan).