Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Negeri Kelantan 2022

Bagi individu yang berminat untuk memohon jawatan kosong sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) secara kontrak di Negeri Kelantan, anda dialu-alukan memohon jawatan ini.

KAFA ialah kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain bermula Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan mengguna pakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain itu, elaun guru KAFA juga akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM.

Individu yang berminat boleh membuat permohonan dan menghantar permohonan sebelum 15 Mei 2022 iaitu pada hari Ahad.

Kadar Elaun

Kadar elaun yang ditawarkan menerusi jawatan kosong ini adalah RM1000.00 sebulan.

Selain itu, caruman KWSP yang ditetapkan adalah 9% atau RM90.00 dan caruman PERKESO pekerja adalah RM4.75 yang dipotong daripada elaun pekerja.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak JAKIM adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan.
  3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) mempunyai sekurang-kurangnya 4 kepujian termasuk Bahasa Melayu, Pendidikan Islam/Tasawwur Islam/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Al-Qur’an dan As-Sunnah.
  4. Lulus Bahasa Arab Tinggi Bahasa Arab diperingkat SPM.
  5. Lulus Sijil Sekolah Menengah Agama STAM dan yang setaraf dengannya (SMU/STU).

Namun, keutamaan diberikan kepada:

  1. Calon kelahiran Negeri Kelantan.
  2. Bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah atau kelas KAFA di seluruh Negeri Kelantan.

Tatacara Memohon

Tatacara untuk memohon jawatan kosong ini adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://www.docdroid.net/oTTtV8c/.
  2. Muat turun borang permohonan tersebut.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan dan semua dokumen ke Pejabat Pendidikan Daerah, Unit KAFA (u/p : Penyelia KAFA).

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Sijil kelahiran.
  3. Sijil SPM.
  4. Sijil akademik berkaitan yang disahkan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai jawatan kosong ini, sila hubungi Unit Pentadbiran SPKK di talian 09-695 5858.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: