Individu yang berminat untuk memohon jawatan sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) secara kontrak di Negeri Sembilan, permohonan bagi jawatan ini talah dibuka.
Untuk makluman, permohonan bagi jawatan guru KAFA di Negeri Sembilan ini diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sebagai agensi yang menguruskan pengurusan kelas KAFA di Negeri Sembilan.
Oleh itu, individu yang berminat boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan dan perlu membuat penghantaran sebelum 1 Mei 2022.
Jumlah Gaji
Jumlah gaji yang ditawarkan bagi guru kelas KAFA ini adalah sebanyak RM 1,000.00 sebulan.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan. - Memiliki kelulusan seperti yang berikut:
a) Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu.
b) Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) bagi subjek:
– Pendidikan Islam; atau
– Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah; atau
– Pendidikan Syariah Islamiah; atau
– Subjek yang setaraf seperti di atas.
c) Lulus bagi subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (komunikasi). - Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam al-Quran, fardhu ain dan tulisan jawi.
- Keutamaan adalah calon kelahiran Negeri Sembilan; dan
- Bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah KAFA di seluruh Negeri Sembilan.
Tatacara Permohonan
Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari pautan berikut https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1EPcuh4G630twKEtRaDQBHp33Iul5XzrO.
- Muat turun borang permohonan.
- Lengkapkan borang permohonan tersebut.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Tuliskan nama daerah yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat.
- Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
(u.p: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, JHEAINS)
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk disediakan oleh pemohon adalah seperti berikut:
- Salinan surat beranak yang telah disahkan.
- Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
- Salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan.
Ujian Bertulis & Temu Duga
Calon yang layak akan dihubungi melalui telefon atau emel bagi menghadiri ujian bertulis dan seterusnya sesi temu duga.