Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Pulau Pinang 2023

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah membuka permohonan bagi individu yang ingin memohon jawatan kosong sebagai guru KAFA di negeri tersebut di negeri tersebut bagi tahun 2023.

Kelas KAFA merupakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain yang dijalankan untuk pelajar sekolah rendah bermula Tahun 1 hingga Tahun 6.

Kelas ini adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain.

Individu yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian sehingga 12 Januari 2023.

Objektif Penubuhan

Untuk makluman, objektif penubuhan kelas KAFA adalah untuk:

  • Mewujudkan suatu sistem kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain yang kemas, seragam dan bersepadu di seluruh Malaysia.
  • Memastikan semua kanak-kanak Islam yang berumur tujuh hingga dua belas tahun di negara ini dapat mempelajari dan boleh menguasai bacaan Al-Quran dengan baik.
  • Memastikan semua kanak-kanak Islam di negara ini dapat mempelajari dan mengamalkan perkara-perkara asas fardhu ain.
  • Memperkukuh asas pendidikan agama Islam untuk kanak-kanak Islam dalam pendidikan Al-Quran dan Fardhu Ain.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menjadi seorang guru KAFA di Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Pulau Pinang sahaja.
  2. Berumur 18 hingga 40 tahun.

Syarat Akademik

Selain itu, mereka juga perlu memenuhi syarat akademik iaitu:

  1. Mempunyai sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian:
    – Bahasa Malaysia
    – Pendidikan Islam; atau
    – Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah; atau
    – Pendidikan Syariah Islamiyah
  2. Mempunyai sijil SPM dengan kelulusan:
    – Bahasa Arab Tinggi; atau
    – Bahasa Arab Komunikasi

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:

  1. Klik link berikut iaitu https://forms.gle/ouVzeSn9N4Naovd78.
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah:

  1. Gambar berukuran passport.
  2. Kad Pengenalan pemohon.
  3. Sijil SPM.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai jawatan kosong guru KAFA Pulau Pinang, sila hubungi Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang di talian 04-6847000.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: