Permohonan Jawatan Kosong Guru Takmir Negeri Sarawak

Jabatan Agama Islam Sarawak mengalu-alukan inidividu yang berminat untuk mengisi jawatan kosong sebagai guru takmir di negeri tersebut.

Tugas guru takmir ini adalah untuk mengajar mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta agensi Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Individu yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 31 Mei 2022 iaitu hari Selasa jam 5 petang secara atas talian.

Kadar Elaun

Kadar elaun yang ditawarkan adalah RM100 bagi setiap kelas dan maksimum untuk guru takmir mengajar bagi sebulan adalah 9 kelas.

Lokasi Penempatan

Lokasi penempatan adalah seperti berikut:

i) Jabatan Penjara Malaysia (JPM)

Lokasi JPMJumlah Kekosongan
Penjara Puncak Borneo2
Penjara Sri Aman2
Penjara Sibu2
Penjara Limbang2
Pusat Koreksional Bintulu 2
Penjara Miri2
Rumah Perantaraan2
Pejabat Parol Daerah Kuching2
Pejabat Parol Daerah Miri2
Pejabat Parol Daerah Sibu2
Pejabat Parol Daerah Bintulu2

ii) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Lokasi AADKJumlah Kekosongan
AADK Daerah11
PUSPEN Kuching 10 (8 Lelaki & 2 Perempuan)

iii) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Lokasi JKMJumlah Kekosongan
Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah5 (2 Lelaki & 3 Perempuan)
Sekolah Tunas Bakti Kuching4 (4 Lelaki)
Sekolah Tunas Bakti (P) Miri3 (3 Perempuan)
Taman Sri Putri Kuching3 (3 Perempuan)
Asrama Akhlak (P) Kuching4 (4 Perempuan)
Asrama Akhlak Kuching (Lelaki)3 (3 Lelaki)
Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol,
Sri Aman
5 (5 Lelaki)
Desa Bina Diri Kuching2 (2 Lelaki)
Rumah Sri Kenangan Sibu2 (2 Lelaki)
Rumah Sri Kenangan Kuching2 (2 Lelaki)

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon jawatan guru takmir Negeri Sarawak adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Beragama Islam.
  3. Bermastautin di Sarawak.
  4. Memiliki tauliah mengajar Agama Islam Negeri Sarawak daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (Bagi yang belum memiliki tauliah, sila buat permohonan melalui laman web https://kiswa.sarawak.gov.my/).
  5. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 70 tahun.
  6. Mempunyai ilmu atau kepakaran berkaitan subjek-subjek yang ditetapkan.
  7. Lulus Ujian Kelayakan dan temu duga yang ditetapkan.

Tatacara Permohonan

Jawatan ini boleh dipohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe4e8xCDkns8vV7HXVu8R40Pp9I0yntW47uJdLwAlAkhniqfg/viewform.
  2. Baca arahan dan klik butang “Next.”
  3. Lengkapkan maklumat yang ditetapkan dan klik butang “Next” bagi setiap paparan.
  4. Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai jawatan kosong guru takmir Negeri Sarawak, sila hubungi:

Bahagian Kemajuan Institusi Masjid,
Jabatan Agama Islam Sarawak Aras 13,
‘Majma’ Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Kuching, Sarawak.
No Tel: 082-507106 (Pejabat)/019-8586735 (Pegawai Penyelaras Takmir)
E-mel: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: