Jawatan Kosong Kader Agensi/Kementerian Luar KPM

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ingin berkhidmat bagi jawatan kader di agensi atau kementerian di luar daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan bagi jawatan ini telah dibuka.

Untuk makluman, jawatan kader adalah salah satu jawatan yang diwujudkan berdasarkan keperluan tetapi pengisian dan laluan kerjaya adalah dikawal oleh ketua perkhidmatan Kementerian/Jabatan/Agensi yang memiliki perkhidmatan tersebut.

PPP yang berminat boleh segera membuat permohonan dan memohon menerusi borang pendaftaran yang disediakan.

Kementerian/Agensi Yang Terlibat

Kekosongan jawatan kader ini adalah melibatkan kementerian atau agensi seperti berikut:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Kementerian Dalam Negeri (Jabatan Penjara Malaysia)
  • Kementerian Pertahanan Malaysia
  • Kementerian Sumber Manusia (Jabatan Tenaga Manusia)

Senarai lokasi dan opsyen yang terlibat boleh dirujuk melalui https://www.moe.gov.my/muat-turun/borang/bpsm/5111-iklan-kekosongan-jawatan-kader-bagi-ppp-di-kementerian-agensi-luar-dari-kpm/file.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/DG44/DG48/DG52/DG54 yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Pemohon empunyai ikhtisas/kelulusan dalam opsyen yang ditawarkan.
  3. Telah disahkan dalam perkhidmatan.
  4. Telah mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun.
  5. Tahap kesihatan yang baik dan memuaskan.
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya 85% dalam penilaian prestasi bagi tiga tahun terkini (2019-2021).
  7. Bebas daripada tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah.
  8. Permohonan mestilah disokong oleh Ketua Jabatan masing-masing.
  9. Bersedia berkhidmat di jawatan kader sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 tahun.
  10. Mempunyai minat dan kewibawaan yang tinggi untuk berkhidmat di Kementerian/Agensi luar dari KPM.

Tatacara Permohonan

Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://www.moe.gov.my/muat-turun/borang/bpsm/5112-lampiran-b-borang-permohonan-jawatan-kader-ppp-kpm-2/file.
  2. Lengkapkan borang permohonan tersebut dan pastikan semua maklumat diisi.
  3. Hantar permohonan beserta sekeping gambar berukuran pasport dalam bentuk PDF melalui emel kepada [email protected]/[email protected].

Keterangan Lanjut

Keterangan lanjut mengenai kekosongan jawatan kader ini, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: