Permohonan Jawatan Pensyarah Kolej Matrikulasi KPM 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan bagi jawatan pensyarah Kolej Matrikulasi KPM bagi gred DG44/DG48/DG52 (KUJ) untuk tahun 2023.
Program Matrikulasi KPM merupakan program yang diwujudkan pada tahun 1998 bagi program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
Program ini dilaksanakan di bawah KPM bagi menyeragamkan semua program matrikulasi/asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Subjek Yang Ditawarkan
Jawatan ini adalah bagi subjek yang ditawarkan seperti berikut:
- Biologi
- Fizik
- Kimia
- Sains Komputer
- Matematik
- Bahasa Inggeris
- Perakaunan
- Pengurusan Perniagaan
- Ekonomi
- Pengajian Am
Syarat Umum
Syarat umum bagi permohonan jawatan ini adalah seperti berikut:
- PPP gred DG44/DG48/DG52 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
- Markah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85 % bagi tahun 2020, 2021 dan 2022.
- Bebas daripada tindakan tatatertib.
- Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun;
- Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/tabung pendidikan/
Syarat Khusus
Selain itu, terdapat juga syarat khusus yang perlu dipenuhi pemohon iaitu:
- Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan bagi kursus yang dimohon.
- Fasih dalam Bahasa Inggeris (penulisan dan pertuturan).
- Bagi permohonan sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris, PPP perlu berada pada tahap penguasaan minimum Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) C1.
- Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik.
- Sedia berkhidmat di kolej matrikulasi yang ditawarkan sekurang-kurangnya 3 tahun.
- Diperaku oleh Ketua Jabatan.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut:
- Layari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/iklan-kekosongan-jawatan-pensyarah-akademik-gred-dg44-dg48-dg52-kuj-di-kolej-matrikulasi-kpm-bagi-tahun-2023
- Muat turun borang permohonan.
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat seperti berikut:
Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Perkhidmatan, Saraan dan Perjawatan)
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Surat Kenaikan Pangkat Pemohon/Penempatan Hakiki/Arahan Penempatan Pemangkuan
- Salinan Kelulusan Akademik
- Salinan Sijil Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) (bagi permohonan pensyarah Bahasa Inggeris)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan pensyarah Kolej Matrikulasi KPM 2023, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/iklan-kekosongan-jawatan-pensyarah-akademik-gred-dg44-dg48-dg52-kuj-di-kolej-matrikulasi-kpm-bagi-tahun-2023.