Permohonan Jawatan Tetap Guru DG41 Graduan Pendidikan 2022

Graduan pendidikan bagi tahun 2022 kini dipelawa untuk memohon yang telah menamatkan pengajian dan memperolehi Keputusan senat universiti bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru bagi Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Untuk makluman, pengambilan jawatan tetap guru DG41 ini hanya dikhaskan kepada graduan pendidikan sahaja dan graduan bagi bidang lain tidak layak untuk memohon.

Oleh itu, graduan pendidikan yang berminat boleh membuat permohonan atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) sebelum atau pada 27 Mei 2022 (Jumaat).

Pemohon Tidak Layak Memohon

Pemohon yang tidak layak untuk memohon bagi jawatan ini adalah seperti berikut:

  • Pelajar Tajaan KPM.
  • Guru Interim.
  • Guru Kontrak (Lantikan SPP).
  • Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam.
  • Seorang bankrap.
  • Telah tamat pengajian tetapi belum memperolehi keputusan Senat Universiti.

Syarat Lantikan

Syarat lantikan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Mendapat Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau
  4. Mendapat Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
  5. Mendapat Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
  6. Mendapat Ijazah sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,902.98); atau
  7. Mendapat Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,209.60).
  8. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Cara Memohon

Bagi mereka yang belum pernah memohon dan menggunakan sistem mySPP sebelum ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://myspp.spp.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar Akaun Baru.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan diikuti dengan butang ‘Log Masuk.’
  5. Isi maklumat berikut dengan lengkap iaitu:
    – Maklumat Pemohon
    – Maklumat Akademik
    – Maklumat Sukan dan Persatuan
    – Maklumat Rekacipta/Pencapaian
    – Maklumat Tambahan
  6. Klik bahagian ‘Jawatan Dimohon’, dan klik sub-menu ‘Jawatan SPP’ dan kemudian klik sub-menu ‘Jawatan PDRM/Lain.’
  7. Pilih jawatan pada ruang ‘Jawatan Yang Layak Dipohon,’ klik ‘>>.’
  8. Pada bahagian ‘Pengakuan Pemohon’ klik kotak ‘Saya setuju.’
  9. Akhir sekali, klik butang ‘Hantar.’

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai jawatan tetap guru DG41 boleh dirujuk melalui laman web SPP iaitu https://www.spp.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: