JKPJ JPA: Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman 2025

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 dialu-alukan memohon penajaan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu Program Khas Jepun, Korea,
Perancis dan Jerman (JKPJ) 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Mengenai JKPJ

Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2024 yang
berminat dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains
Sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Berasaskan Merit Akademik atau apa – apa bentuk penajaan yang ditentukan oleh Kerajaan.

Bentuk Penajaan JKPJ

Bentuk penajaan ini adalah Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  • PNGK akhir 3.75 – 4.00 atau setara tanpa pelanjutan – 5% bayaran balik
  • PNGK akhir 3.50 – 3.74 atau setara tanpa pelanjutan – 10% bayaran balik
  • PNGK akhir 3.00 – 3.49 atau setara tanpa pelanjutan – 15% bayaran balik
  • PNGK akhir 3.00 dan ke atas atau setara dengan pelanjutan – 20% bayaran balik
  • PNGK akhir di bawah 3.00 atau setara atau gagal pengajian – 100% bayaran balik
  • Dilantik dalam Sektor Awam (setaraf dengan kelayakan) – Dikecualikan bayaran balik atas baki nilai pinjaman

Struktur Pengajian

Struktur pengajian bagi pelajar yang menerima penajaan ini adalah seperti berikut:

Syarat Umum

Syarat umum yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin memohon penajaan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
  3. Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  4. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
  5. Menduduki peperiksaan SPM 2024 buat pertama kali di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; dan
  6. Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Tatacara Memohon

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di https://penajaan.jpa.gov.my bermula 28 April 2025 (Isnin), 2.00 petang hingga 11 Mei 2025 (Ahad), 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) yang dibuka mulai 28 April 2025 (Isnin), 2.00 petang hingga 11 Mei 2025 (Ahad), 5.00 petang melalui Sistem ePermohonan.

Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.

Jangkaan Keputusan

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada minggu kedua bulan Julai 2025

Pemohon yang tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Program Khas JKPJ 2025, sila hubungi talian 03-8885 3297 atau menghantar email ke [email protected].

Baca juga: PPF2 2025: Program Khas Perubatan, Pergigian & Farmasi JPA

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: