Jom Shopping Perayaan: Bantuan Baucar RM200 Untuk B40

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan kepada rakyat B40 untuk memohon Jom Shopping Perayaan.

Untuk makluman, Jom Shopping! Perayaan merupakan pemberian bantuan berbentuk baucar bernilai RM200 kepada golongan B40 bersempena perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Bantuan ini diberikan bagi mengurangkan beban keluarga B40 untuk menyediakan kelengkapan sempena hari perayaan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Baucar Jom Shopping Perayaan Selangor

Menerusi Belanjawan Selangor 2023, kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM16.48 juta bagi program pemberian Baucar Jom Shopping sempena perayaan yang akan memanfaatkan 82,400 penerima.

Bagi mereka yang layak menerima bantuan ini, mereka akan diberikan baucar yang bernilai RM200 untuk tujuan membeli-belah.

Golongan B40 yang berminat boleh membuat permohonan melalui laman web SSIPR.

Syarat Kelayakan

Kriteria permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Masyarakat yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina / Hari Raya Aidilfitri / Deepavali.
  2. Pendapatan penerima seisi rumah RM2,000 dan ke bawah.
  3. Penerima bantuan mestilah pengundi berdaftar di DUN berkenaan sahaja (dalam Negeri Selangor).
  4. Penerima bantuan bukan penerima manfaat KISS dan SMUE.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BAUCAR JOM SHOPPING HARI RAYA AIDIL FITRI 2023

  • Warganegara Malaysia yang menyambut Perayaan Hari Raya Aidilfitri;
  • Pengundi kawasan DUN Semenyih (wajib daftar mengundi) dan sedang menetap di kawasan Semenyih (alamat mykad di Semenyih);
  • Hanya seorang pemohon yang layak bagi setiap keluarga dengan pendapatan isi rumah RM3,000 (Keluarga) / RM 2,000 (Bujang) dan kebawah.
  • Belum pernah menerima baucer daripada mana-mana DUN;
  • Bukan penerima manfaat BINGKAS

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON

  1. Salinan IC pemohon dan pasangan
  2. Sijil kematian / suart cerai (ibu bapa tunggal)
  3. Salinan slip gaji / Surat akuan tidak bekerja / bekerja sendiri (Boleh dapatkan di Pusat Khidmat Masyarakat)

Cara Permohonan Baucar Jom Shopping Perayaan Selangor

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register.
  2. Lengkaplam maklumat yang ditetapkan dan klik butang “Daftar.”
  3. Login dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  4. Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  5. Hantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan baucar ini, sila layari laman web https://www.selangorpenyayang.com/

Baca juga: Biasiswa Khas Menteri Besar Selangor

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: