Kadar Fidyah 2023 Mengikut Negeri & Cara Pengiraan

Pihak berkuasa Agama Islam di setiap negeri telah mengeluarkan kadar fidyah 2023 bagi mereka yang meninggalkan puasa wajib.

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan.

Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, Fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.

Hukum Fidyah

Hukum membayar Fidyah adalah wajib dan wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam Al-Baqarah ayat 184:

Maksudnya: “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui” (Al-Baqarah 184).

Selain itu, terdapat juga hadis

daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا

Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Keadaan Yang Memerlukan Pembayaran Fidyah

Keadaan atau situasi yang memerlukan pembayaran Fidyah adalah seperti berikut:

Kadar Fidyah 2023

Kadar Fidyah yang ditetapkan mengikut negeri adalah seperti berikut:

Contoh Pengiraan Fidyah

Untuk mendapat gambaran lebih jelasm, berikut contoh pengiraan Fidyah yang boleh menjadi rujukan adalah seperti berikut:

Situasi 1:

Fatimah belum menggantikan 7 hari puasa sehingga memasuki Ramadan berikutnya pada tahun 1439H (2018).

Formula kiraan: (Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah)

7hari x RM4.00 = RM28.00

Situasi 2:


Fatimah belum menggantikan 7 hari puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Beliau tidak berpuasa pada Ramadan 1438H (2017) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1441H (2020).

Fatimah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.

Formula Kiraan: (Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan

(7hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00

Maklumat Lanjut Berkenaan Kadar Fidyah 2023

Maklumat lanjut mengenai kadar Fidyah 2023, sila layari laman web https://www.zakat.com.my/info-zakat/fidyah/#:~:text=Fidyah%20ialah%20denda%20ke%20atas,puasa%2C%20haji%20dan%20yang%20berkaitan dan https://www.mais.gov.my/fidyah/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: