Cara Bayar Kadar Khas Saman Trafik PDRM RM50

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan kadar khas bayaran saman trafik PDRM sebanyak RM50 sahaja.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Untuk makluman, terdapat 6 lagi inisiaitif yang diumumkan Perdana Menteri sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Tempoh Tawaran Kadar Khas

Tempoh pembayaran bagi kadar khas ini adalah pada 21 April 2023 sehingga 21 Mei 2023.

Kadar Khas Saman

Kadar khas saman PDRM ini hanya RM50 sahaja.

Jenis Saman

Semua jenis saman adalah layak untuk menerima kadar khas ini.

Namun, kadar khas ini hanya tertakluk kepada saman trafik PDRM yang dikeluarkan pada tahun 2022 dan sebelumnya sahaja.

Ini bermakna, kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada 2023.

Cara Pembayaran Saman

Pembayaran saman ini boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

i) Aplikasi MyBayar Saman

  1. Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play dan App Store.
  2. Klik butang “Daftar.”
  3. Lengkapkan maklumat peribadi dengan betul.
  4. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Klik butang “Semakan Saman” di menu utama.
  6. Butiran dipaparkan.
  7. Klik butang “Bayaran Saman” di menu utama.
  8. Pilih saman yang hendak dibayar.
  9. Pilih mod bayaran.
  10. Butiran transaksi bayaran dipaparkan.
  11. Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.

ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)

iii) Mesin ATM Maybank di seluruh negara

iv) Semua kaunter pejabat pos Malaysia

Info Lanjut Diskaun Saman Kadar Khas RM50

Info lanjut mengenai kadar khas saman trafik ini, sila layari laman web https://www.rmp.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: