Tawaran Melaksanakan KAFA Menengah Pulau Pinang

Bermula tahun 2023, Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) berhasrat untuk mengembangkan KAFA Menengah Pulau Pinang dengan menambah lagi lokasi pelaksanaannya di dalam negeri tersebut.

Untuk makluman, KAFA ini merupakan usaha YIPP untuk memberikan alternatif pendidikan Islam untuk pelajar peringkat menengah di Pulau Pinang.

Sehubungan dengan itu, YIPP mempelawa kepada semua masjid di seluruh Pulau Pinang yang berminat membuka KAFA ini di masjid masing-masing di dalam Negeri Pulau Pinang.

Pelaksanaan KAFA Menengah

Pelaksanaan KAFA ini oleh pihak YIPP adalah seperti berikut:

  1. Kelas dilaksanakan pada waktu malam bermula 7.00 malam hingga 10.00 malam
  2. Buku teks disediakan oleh pihak YIPP. 
  3. Program ini menggunakan silibus yang dibangunkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. 
  4. Pihak YIPP menyediakan guru terlatih. 
  5. Ibubapa boleh memantau pembelajaran anak melalui sistem online yang dibangunkan khas oleh YIPP. 
  6. Pelajar yang tamat belajar akan diberikan sijil KAFA Menengah Pulau Pinang.

Syarat Penubuhan

Syarat penubuhan KAFA ini adalah seperti berikut:

  1. Hanya masjid di Pulau Pinang sahaja dibenarkan untuk memohon membuka KAFA Menengah Pulau Pinang.
  2. Pihak masjid perlu mendapatkan minima 25 orang satu tingkatan bagi tahun 2023.
  3. Pelajar KAFA Menengah hendaklah berusia 13 tahun pada tahun 2023 dan menuntut di tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
  4. Pihak masjid bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh YIPP dari semasa ke semasa.
  5. Permohonan yang lewat/tidak menepati syarat/tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan oleh YIPP .
  6. Tarikh tutup bagi mengisi borang tunjuk minat ini ialah pada 30 November 2022.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan di bawah:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://bit.ly/KAFAMenengahpulaupinang.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai tawaran melaksanakan KAFA ini, sila hubungi YIPP di talian 04-539 0589.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: