Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 KAFA Menengah Selangor

Murid yang bakal memasuki Tingkatan 1 pada tahun 2025 di Selangor adalah dialu-alukan untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 1 KAFA Menengah Selangor.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan kemasukan ini.

Mengenai KAFA Menengah

Sekolah KAFA Menengah merupakan projek rintis dan inovasi Jabatan Agama Islam Selangor untuk mempelbagaikan fungsi dalam perkhidmatan Pendidikan Islam.

Pendidikan KAFA Menengah adalah pendidikan alternatif kepada murid sekolah menengah yang berminat mempelajari ilmu agama tetapi tidak mendapat tawaran ke Sekolah-sekolah Agama Menengah Negeri atau Persekutuan.

Tujuan lainnya adalah untuk memenuhi kehendak ibubapa yang cenderung memberikan pendidikan agama kepada anak-anaknya.

Dari sudut yang lain pula kelas Menengah KAFA ini merupakan salah satu cabang yang digunakan untuk menjana kekuatan dan perpaduan ummah.

Objektif Penubuhan KAFA Menengah

Objektif KAFA ini diwujudkan adalah untuk:

  • Pelajar-pelajar dapat membaca al Quran dengan betul serta dapat memahami hukum tajwid untuk dijadikan panduan membaca al-Quran sebagai panduan hidup.
  • Memahami, meyakini dan istiqamah mengenai asas akidah dan menjadi benteng mempertahankan keimanan mereka.
  • Menghayati dan melaksanakan tuntutan ibadah fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi kewajipan umat Islam.
  • Mempraktikkan adab dan mengamalkan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan seharian serta meninggalkan sifat mazmumah dalam kehidupan seharian.
  • Mempelajari dan memperaktikkan amalan-amalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah menerusi modul yang disediakan.

Senarai KAFA Menengah

Senarai kelas ini di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

Kuala Selangor

  • SRA Saujana Utama
  • SRA Puncak Alam
  • Masjid An-Nur Saujana Utama

Hulu Langat

  • SRA Lembah Jaya
  • SRA Pandan Indah
  • Masjid Sungai Ramal Luar

Gombak

  • SRA As-Siddiqin Bandar Tasik Puteri
  • Masjid As – Syakirin
  • Masjid Seri Melati

Petaling

  • SRA Medan Harun 
  • SRA Bandar Kinrara 5
  • Masjid Al Itisam TTDI Jaya
  • Masjid An-Nur Kg. Melayu Subang

Kuala Langat

  • SRA Kg. Medan 
  • Surau Al-Firdaus, Taman Ranting Baru

Klang

  • SRA Jalan Kebun 
  • SRA Sungai Udang 
  • Masjid Raudhatul Mukmin, Sg. Pinang
  • SRA Kg. Delek 
  • Masjid Kg. Raja Uda
  • Masjid Bandar Bukit Raja
  • Masjid Himatul Aliyah, Kg. Seri Gambut

Sepang

  • SRA Bandar Seri Putra
  • SRA Bandar Bukit Puchong
  • Masjid Jamek Sultan Hisamuddin

Hulu Selangor

  • SRA Bukit Sentosa Fasa 
  • Masjid Bandar Utama Batang Kali 

Syarat Permohonan

Syarat permohonan kemasukan ke kelas ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon (murid), ibu dan bapa mestilah WARGANEGARA MALAYSIA.
  2. Berumur tiga betas (13) tahun pada tahun kemasukan.
  3. Berminat dan akan terus mengikuti kelas.
  4. Lulus Pentaksiran Sekolah Kebangsaan (KPM) ini sehingga tamat.
  5. Minat mendalami ilmu agama diperingkat menengah.
  6. Lulus Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).

Prosedur Permohonan

Permohonan kemasukan murid ke tingkatan satu kelas KAFA Menengah Selangor adalah melalui pautan berikut https://esekolah.jais.gov.my.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau Unit Pengajian Tinggi & Sepanjang Hayat, Bahagian Pendidikan Islam JAIS melalui hotline whatsapp 010-343 7054.

Baca juga: Semakan Tawaran Kemasukan Sekolah Khusus 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: