Kalendar Akademik Matrikulasi KPM Sesi 2024/2025
Bagi pelajar Matrikulasi KPM yang ingin mengetahui kalendar akademik Matrikulasi KPM sesi 2024/2025, kalendar akademik ini telah dikeluarkan oleh pihak KPM.
Berikut adalah perincian dan info mengenai kalendar akademik ini.
Apa Itu Program Matrikulasi KPM?
Program Matrikulasi KPM diwujudkan pada tahun 1998 sebagai satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
Pelaksanaan program ini dilaksanakan di bawah KPM bagi menyeragamkan semua program asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Objektif pelaksanaan program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Tarikh Melapor Diri
Tarikh melapor diri bagi pengambilan baru dan rayuan bagi Matrikulasi KPM 2024/2025 adalah seperti berikut:
- 30 Jun 2024: Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Johor)
- 1 Julai 2024: Kumpulan B (Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor)
- 11 dan 12 Julai 2024: Calon Permohonan Rayuan
Pelajar adalah dinasihatkan untuk merujuk surat tawaran kemasukan ke Matrikulasi untuk mengetahui lokasi kampus Matrikulasi yang ditempatkan serta bidang pengajian yang ditawarkan.
Perincian Kalendar Akademik Matrikulasi KPM 2024/2025
Perincian kalendar akademik Martikulasi KPM sesi 2024/2025 yang mengandungi tarikh kuliah, cuti, minggu ulang kaji, dan peperiksaan boleh dilihat melalui jaduan di bawah:
i) Semester I/III
ii) Semester II/IV
Tarikh Cuti Perayaan
Tarikh cuti perayaan bagi pelajar Matrikulasi KPM adalah seperti berikut:
- Hari Raya Aidilfitri: 10 & 11 April 2024 – Dalam Cuti Pertengahan Semester II/IV Sesi 2023/2024
- Pesta Kaamatan: 30 & 31 Mei 2024 – Dalam Cuti Akhir Semester II/IV Sesi 2023/2024
- Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) : 01 & 02 Jun 2024 – Dalam Cuti Akhir Semester II/IV Sesi 2023/2024
- Hari Raya Aidiladha : 17 Jun 2024 – Dalam Cuti Akhir Semester II/IV Sesi 2023/2024
- Hari Deepavali :31 Oktober 2024
- Hari Krismas :25 Disember 2024 – Dalam Cuti Khas Semester II/IV Sesi 2024/2025
- Tahun Baru Cina Tahun 2025 : 29 & 30 Januari 2025 -Jangkaan Dalam Cuti Pertengahan Semester II/IV Sesi 2024/2025 (1)
- Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 : 31 Mac & 1 April 2025 -Jangkaan Dalam Cuti Pertengahan Semester II/IV Sesi 2024/2025 (2)
Muat Turun Kalendar Akademik Matrikulasi KPM Sesi 2024/2025
Kalendar akademik ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:
Baca juga: