Kalendar Akademik UiTM & Tarikh Penting Sesi 2025/2026

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) boleh membuat rujukan bagi kalendar akademik UiTM bagi sesi pembelajaran 2025/2026.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kalendar akademik ini.
Sejarah Penubuhan UiTM
Sejarah penubuhan universiti ini bermula menerusi penubuhan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan ekoran hasil lawatan ke Ceylon (kini Sri Lanka) untuk program pembangunan dalam negeri pada tahun 1951.
Kemudiannya, satu kertas kerja lawatan tersebut yang mengandungi tentang penubuhan RIDA dan objektifnya untuk membangunkan serta meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar telah diketemukan.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Industri mempunyai dua pusat utama di bawah naungannya iaitu Taman Asuhan RIDA (Kuala Lumpur) dan Dewan Latehan RIDA (Petaling Jaya).
Dewan Latehan RIDA kemudiannya mula beroperasi pada bulan November 1956 dan menawarkan beberapa kursus profesional.
Kemudiannya, Dewan Latehan RIDA telah ditukar nama kepada Maktab MARA pada bulan Jun 1965 untuk memberi nafas baru dan aspirasi kepada pusat latihan itu sendiri.
Pada 14 Oktober 1967, nama Maktab MARA secara rasminya ditukar kepada Institut Teknologi MARA.
Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai aspirasi untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik.
Senarai Kampus UiTM
Senarai kampus UiTM di seluruh negara adalah seperti berikut:
- UiTM INTEC Seksyen 17, Shah Alam, Selangor
- UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor
- UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor
- UiTM Puncak Alam, Shah Alam,
- UiTM Hospital Selayang & Hospital Sungai Buloh, Selangor
- UiTM Dengkil, Selangor
- UiTM Arau, Perlis
- UiTM Dungun, Terengganu
- UiTM Sri Iskandar, Perak
- UiTM Samarahan, Sarawak
- UiTM Sungai Petani, Kedah
- UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang
- UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan
- UiTM Alor Gajah, Melaka
- UiTM Segamat, Johor
- UiTM Jengka, Pahang
- UiTM Machang, Kelantan
- UiTM Kota Kinabalu, Sabah
- UiTM Jasin, Melaka
- UiTM Bertam, Pulau Pinang
- UiTM Bukit Besi, Terengganu
- UiTM Tapah, Perak
- UiTM Rembau, Negeri Sembilan
- UiTM Balik Pulau, Pulau Pinang
- UiTM Pasir Gudang, Johor
- UiTM Teluk Intan, Perak
- UiTM Chendering, Terengganu
- UiTM Raub, Pahang
- UiTM Mukah, Sarawak
- UiTM Tawau, Sabah
- UiTM Johor Bahru, Johor
- UiTM Raub, Pahang
- UiTM Bukit Sekilau, Pahang
- UiTM Alor Setar, Kedah
- UiTM Bandaraya Melaka, Melaka
- UiTM Seremban 3, Negeri Sembilan
- UiTM Bandar Kota Bharu, Kelantan
Tarikh Penting Semester Mac-Ogos 2025
Tarikh penting bagi kalendar akademik semester Mac-Ogos 2025 adalah seperti berikut:
i) Kursus
- Online Pendaftaran Kursus Pelajar Baharu mod ePJJ / PLK: 17 Mac – 11 April 2025
- Online Tambah dan Gugur Pendaftaran Kursus Pelajar Sarjana Muda: 19 Mac – 11 April 2025
- Online Tambah dan Gugur Pendaftaran Kursus Pelajar Pra-Diploma / Diploma / Sarjana: 21 Mac – 11 April 2025
- Pendaftaran Online Kursus English Exit Test (EET699) Bagi Yang Layak Sahaja: 19 Mac – 11 April 2025
- Validasi Kursus Berdaftar Semester Semasa: 12 – 18 April 2025
- Kuliah Bermula: 24 Mac 2025
- Proses Entrance Survey di UFUTURE: 24 Mac 2025 – 27 April 2025
- Proses Exit Survey di UFUTURE: 23 Jun – 27 Julai 2025
ii) Yuran
- Permohonan Penangguhan Pembayaran Yuran di Online Fees Deferment: 22 Mac – 30 April 2025
- Tarikh Akhir Pembayaran Yuran: 30 April 2025
- Gugur Taraf (GT): 7 Mei 2025
- Permohonan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT): 7 – 13 Mei 2025
- Keputusan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT): 8 – 14 Mei 2025
- Tarikh Akhir Pembayaran Yuran Bagi Pelajar Yang Diluluskan RPGT: 21 Mei 2025
- Tarikh Akhir Pembayaran Yuran Bagi Pelajar Yang Diluluskan Penangguhan Pembayaran Yuran: 23 Jun 2025
- Gugur Taraf Muktamad: 30 Jun 2025
Kalendar Akademik
Kalendar akademik bagi sesi 2025/2026 boleh dirujuk menerusi file di bawah:
i) Group A: Program Asasi/Profesional
ii) Group B: Pra-Diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, dan Kedoktoran
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kalendar akademik UiTM, sila layari laman web https://hea.uitm.edu.my/v4/index.php/calendars/academic-calendar.
Baca juga: MUET Sesi 2 2025: Pendaftaran Malaysian University English Test