Majalah Sek: Aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 2025

Bagi sekolah yang akan menerbitkan majalah sekolah untuk tahun 2025, kata aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 2025 kini boleh dimuat turun dan diletakkan di bahagian hadapan majalah.

Berikut adalah info mengenai perkara ini.

Mengenai Majalah Sekolah

Majalah sekolah merupakan naskhah yang memaparkan kegiatan pendidikan dan pencapaian pembelajaran yang terkini.

Penerbitan majalan ini memaparkan pelbagai jenis pengisian seperti laporan, karya kreatif, gambar aktiviti sekolah dan banyak lagi yang lazimnya dikendalikan oleh guru serta pelajar.

Oleh kerana itu, majalah ini perlu diterbitkan dengan baik kerana ianya merupakan cermin dan imej sekolah.

Adalah penting majalah ini diterbitkan secara profesional dan betul menjadi kebanggaan pihak sekolah.

Fungsi Penerbitan Majalah Sekolah

Fungsi utama majalah sekolah diterbitkan adalah untuk:

  • Menyediakan platform untuk pelajar, guru dan kakitangan untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat.
  • Meningkatkan kemahiran menulis dan berkomunikasi murid.
  • Mempamerkan pencapaian pelajar, baik dari segi akademik mahupun dalam aktiviti kokurikulum.
  • Mengasah pelbagai elemen kreatif seperti menulis, mereka bentuk, dan fotografi.
  • Membina semangat kemasyarakatan dengan memupuk hubungan dalam kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.
  • Menggalakkan pelajar membina tabiat membaca.
  • Menggalakkan kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan.
  • Alat komunikasi yang berharga dengan ibu bapa, memastikan mereka dimaklumkan tentang aktiviti sekolah, acara dan pencapaian anak-anak mereka

Isi Kandungan Majalah Sekolah

Isi kandungan majalah sekolah antaranya ialah:

  • Kata Aluan Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
  • Pendahuluan: Ucapan dari Ketua Pengarang atau Pengetua.
  • Berita Sekolah: Peristiwa dan aktiviti terkini.
  • Profil Pelajar dan Kakitangan: Wawancara dan profil pelajar serta guru.
  • Cerita Pelajar: Pengalaman dalam kegiatan luaran dan lawatan.
  • Kejayaan Akademik: Keputusan peperiksaan dan aktiviti pendidikan.
  • Seni dan Kreativiti: Galeri seni dan program kreatif.
  • Sukan Sekolah: Liputan kejohanan dan profil atlet.
  • Aktiviti Kokurikulum: Program dan pertandingan kelab.
  • Lingkungan Sekolah: Program kebersihan dan inisiatif hijau.
  • Wawancara: Temubual dengan tokoh berpengaruh.
  • Petua dan Kolum: Nasihat pendidikan dari guru.
  • Projek Khas: Inisiatif istimewa sekolah.
  • Liputan Fotografi: Galeri gambar aktiviti.
  • Kalendar Aktiviti: Aktiviti bulanan dan tarikh penting.
  • Iklan dan Penghargaan: Iklan dari penaja dan penghargaan untuk pelajar serta guru.
  • Gambar Kenangan: Gambar kelas dan persatuan.

Kata Aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 2025

Untuk bahagian Kata Aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, kata aluan yang boleh dimasukkan di dalam majalah sekolah untuk tahun 2025 adalah seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah atas usaha murni menerbitkan majalah sekolah bagi tahun 2025 ini. Majalah sekolah bukan sahaja menjadi wadah untuk merakamkan kenangan, malah turut berperanan sebagai medium penting dalam menyampaikan aspirasi pendidikan dan membudayakan ilmu dalam kalangan warga sekolah.

Tahun 2025 merupakan satu fasa penting dalam landskap pendidikan negara. Kita sedang berada dalam era di mana reformasi pendidikan menjadi tonggak utama ke arah melahirkan Generasi MADANI yang berdaya saing, berfikiran kritis. dan memiliki adab, akhlak dan sahsiah terpuji. Dalam konteks ini, kerjasama erat antara guru, murid, ibu bapa dan komuniti amatlah diperlukan untuk merealisasikan hasrat ini.

Majalah sekolah ini menjadi cerminan usaha sekolah dalam mendidik dan melahirkan insan yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, dan sahsiah. Saya percaya, setiap artikel, gambar, dan kisah yang dimuatkan dalam majalah ini adalah hasil kerja keras, komitmen, dan kreativiti warga sekolah. Ini menjadi bukti bahawa potensi generasi muda kita amatlah besar dan perlu terus digilap.

Saya menyeru agar warga sekolah terus berusaha gigih dalam menjayakan agenda pendidikan negara. Besar harapan saya agar semua murid menjadikan pendidikan sebagai kunci kejayaan dalam hidup. Teruskanlah menimba ilmu, amalkan nilai-nilai murni, dan menghargai jasa guru yang tidak pernah jemu mendidik.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan majalah ini. Semoga is menjadi inspirasi dan rujukan berharga kepada seluruh warga sekolah serta generasi masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

DATUK HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN

Info Lanjut

Untuk info lanjut, sila layari pautan https://www.moe.gov.my/kata-alu-aluan-ketua-pengarah-pendidikan-malaysia-2025

Baca juga: Pendaftaran Calon Persendirian SPM 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: