Kata Banyak Makna: Senarai & Makna Setiap Perkataan

Kata banyak makna ialah perkataan yang mempunyai lebih daripada satu maksud atau dalam erti kata yang lain, makna perkataan yang berbagai-bagai ini dibezakan dalam konteks ayat yang berlainan.

Kata banyak makna terbahagi kepada tiga bentuk iaitu:

  • Kata dasar
  • Kata berimbuhan
  • Kata ganda

Contoh Ayat:

i) Alamat

Contoh ayat 1: Apa alamat tempat tinggal kamu Amin?

Contoh ayat 2: Langgit mendung alamat hendak hujan.

ii) Cerah:

Contoh ayat 1: Cuaca pada hari ini dijangka cerah sepanjang hari.

Contoh ayat 2: Kulit muka Aisyah memang cerah sejak lahir.

Contoh ayat 3: Masa hadapan kamu akan cerah sekiranya kamu berlatih bersungguh-sungguh.

Senarai Kata Banyak Makna

Senarai kata banyak makna yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

KataMaknanya
Akal1. fikiran
2. ikhtiar
3. muslihat, tipu helah
Alamat1. tanda
2. tempat tinggal
3. keterangan nama tempat, jalan, nombor rumah, poskod dan menunjukkan tempat tinggal seseorang.
Barang1. benda
2. lebih kurang
3. apa-apa saja
Bermuka-muka1. beberapa banyak muka surat.
2. berpura-pura atau tidak ikhlas
Bersimpang-siur1. bergerak ke sana ke mari.
2. silang-menyilang kerana terlalu banyak.
3. terlalu banyak likunya, berliku-liku.
Besar1. tidak kecil.
2. kuat dan lurus kawasan pemerintahnya.
3. penting, berpengaruh, berkuasa
4. tugas penting, hajat atau niat.
Cerah1. terang
2. jernih.
3. agak putih.
4. berseri, tidak muram.
5. baik, bahagia.
Cetek1. tidak luas (pengetahuan)
2. tidak dalam (air)
Dalam1. tidak cetek
2. luas pengalaman
Diam1. tidak bercakap, senyap
2. tinggal
Diam-diam1. senyap-senyap, tidak memberitahu sesiapa.
2. tidak berbuat apa-apa
Dingin1. sejuk
2. tidak meriah
Faedah1. guna, manfaat.
2. bunga, laba, untung
Halaman1. muka surat.
2. pekarangan rumah
Halus1. kecil-kecil.
2. beradab
Hampa1. kecewa
2. tidak berisi
3. kosong
Hangat1. berita yang masih baru
2. panas
Haus1. dahaga
2. sangat ingin mendapatkan sesuatu
3. menjadi tidak tebal kerana tergosok atau banyak digunakan
Jelas1. terang, nyata
2. selesai, beres
Kemas1. teratur
2. disiapkan dengan baik
3. kuat, teguh, erat.
Kemasukan1. dimasuki oleh sesuatu
2. yang behubung dengan perihal masuk
Kepantasan1. kelajuan2. kecekapan
Lapangan1. kawasan yang luas
2. jurusan, bidang
Lapang1. luas
2. tidak sibuk
Masak1. boleh dipetik dan dimakan
2. tidak mentah
3. berpengalaman
Menganjurkan 1. mengemukakan, mengesyorkan, mencadangkan
2. mengadakan
3. menghulurkan atau memajukan ke depan
Menjelaskan1. menerangkan atau menghuraikan dengan lebih lanjut
2. menyelesaikan hutang
Menjemput1. mengambil
2. mengambil atau mencubit dengan menggunakan hujung jari
Melancarkan1. memulakan sesuatu dengan cepat/meluncurkan
2. memudahkan/melicinkan sesuatu usaha
3. melakukan/mengadakan sesuatu serangan, tindakan
Melepaskan1. membebaskan/menjadi tidak terikat
2. menghilangkan (letih/penat)
3. memberikan/menguntukkan
4. mengeluarkan/membiarkan keluar (perasaan)
Membuka1. menjadikan tidak bertutup
2. menghidupkan sesuatu
3. memberikan peluang
Memotong1. mengerat/memenggal
2. mengurangkan sesuatu
3. memintas
4. mencelah percekapan orang
5. menoreh getah
Menyaingi1. mengiringi/menemani
2. menandingi/berlawan
Menahan1. tidak membiarkan lepas, menyekat, tidak membenarkan, menghentikan.
2. melawan/menangkis serangan
3. melambaikan tangan untuk menyuruh kenderaan berhenti
4. menguatkan diri supaya sanggup menderita
Menelan1. memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui kerongkong
2. banyak memerlukan
3. terpaksa menerima sesuatu yang tidak menyenangkan
Menuntut1. mendesak
2. mencari ilmu
Pengajaran1. sesuatu yang diajar
2. pedoman
Rasa1. rasa dengan lidah
2. pendapat, fikiran
3. keadaan hati terhadap sesuatu
Serong1. tidak lurus, tidak tepat letaknya
2. tidak jujur, curang
Tahan1. tidak mudah rosak
2. sanggup menderita
3. cukup, memadai
Tajam1. dapat memotong dengan mudah
2. cerdik
3. keras atau pedas (perkataan, kritik)
Tawar1. tidak terasa apa-apa
2. tidak mujarab, hilang kekuatan
3. tidak berkemahuan, tidak bernafas/bersemangat
4. meminta dikurangkan harga barangan.

Sumber: https://sites.google.com/site/bmalaysiatatabahasa/kata-kata/kata-banyak-makna

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: