Kata Ganda: Maksud, Jenis, & Contoh Penggunaannya

kata-ganda

Apakah yang dimaksudkan dengan kata ganda? Kata ganda ialah kata yang wujud daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau keseluruhannya.

Dalam erti kata yang lain, kata ganda terhasil akibat proses pengulangan perkataan.

Setiap kata ganda mesti dieja menggunakan tanda sempang (-) kecuali kata ganda separa.

Jenis Kata Ganda

Terdapat 5 jenis kata ganda yang biasa digunakan di dalam tatabahasa iaitu:

  • Kata ganda seluruh.
  • Kata ganda semu.
  • Kata ganda separa.
  • Kata ganda bersajak atau berima.
  • Kata ganda berimbuhan.

Kata Ganda Seluruh

Kata ganda seluruh ialah kata dasarnya diulang dan digandakan sepenuhnya dan penggunaannya mestilah diberi tanda sempang ‘-‘.

Contoh kata ganda seluruh: alat-alat, awal-awal, baik-baik, benar-benar, besar-besar, budak-budak, cacing-cacing, cepat-cepat, curam-curam, dalam-dalam, daun-daun, dekat-dekat, elok-elok, erat-erat, dan sebagainya.

Contoh penggunaan ayat kata ganda seluruh: “Budak-budak Kampung Kerinchi sedang bermain bola sepak di padang itu.”

Kata Ganda Semu

Kata ganda semu ialah kata ganda yang membawa makna khusus dan tertentu.

Contoh kata ganda semu: agar-agar, anai-anai, angkut-angkut, anting-anting, biri-biri, buli-bull, dekak-dekak, epok-epok, gula-gula, jemput-jemput, jentik-jentik, kanak-kanak, kisi-kisi, dan sebagainya.

Contoh penggunaan ayat kata ganda semu: “Agar-agar yang dijual di gerai Mak Kiah sangat sedap rasanya.”

Kata Ganda Separa

Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya.

Contoh kata ganda separa:

bola-bola= bebola
kuda-kuda= kekuda
laki-laki= lelaki
kabu-kabu= kekabu
tamu-tamu= tetamu

Contoh penggunaan ayat kata ganda separa: “Ramai tetamu yang hadir pada majlis hari perkahwinannya.”

Kata Ganda Bersajak/Berima

Kata ganda bersajak/berima ialah perkataan yang ditambah mengalami perubahan bunyi.

Contoh kata ganda bersajak/berima: huru-hara, kering-kontang, kuih-muih, mundar-mandir, gunung-ganang, pindah-randah, dan sebagainya.

Contoh penggunaan ayat kata ganda bersajak/berima: “Pemandangan gunung-ganang di bandar ini sungguh indah sekali.”

Kata Ganda Berimbuhan

Kata ganda berimbuhan atau sebahagian merujuk kata ganda menyalin ialah kata ganda yang menambah imbuhan di mana-mana tempat dalam kata ganda.

Imbuhan tersebut boleh ditambah sama ada awalan kata, selepas tanda sengkang, akhir kata, atau apitan seluruh kata ganda.

Contoh kata ganda berimbuhan adalah seperti berikut:

  • Imbuhan awalan di awal kata: tergesa-gesa, berpura-pura
  • Imbuhan awalan selepas tanda sengkang: tahu-menahu, kejar-mengejar
  • Imbuhan akhiran di akhir kata: barang-barangan, terang-terangan
  • Apitan seluruh kata ganda: tergila-gilakan, menghuru-harakan

Contoh penggunaan ayat kata ganda berimbuhan: “Setelah mendapat panggilan telefon, Amir tergesa-gesa keluar daripada bilik itu.”

Info Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kata ini, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=KRwbHRm99-0.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
ayat-majmuk

Ayat Majmuk: Maksud, Jenis, & Contoh Penggunaanya

Next Post
ayat-aktif-ayat-pasif

Ayat Aktif & Ayat Pasif: Perbezaan, Susunan, & Jenis

Related Posts