Kata Penegas: Ketahui Jenis & Contoh Ayat
Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
Ayat yang mempunyai kata ini menunjukkan penekanan terhadap sesuatu perkara yang disebutkan.
Kata ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu Kata Penegas Partikel dan Kata Penegas Akar.
Kata Penegas Partikel
Kata penegas partikel digunakan sebagai penegas dalam sesuatu ayat atau pernyataan serta frasa predikat atau bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
Kesemua kata ini dirangkaikan dengan perkataan yang mendahuluinya.
Ini dapat dilihat menerusi contoh di bawah:
Contoh Kata | Huraian | Contoh Ayat |
kah | Bagi menegaskan sesuatu pernyataan atau memberi penekanan kepada sesuatu ayat tanya atau ayat sesuan | Dimanakah lokasi kamu bersukan nanti? |
lah | Untuk menegaskan sesuatu perintah, permintaan dan pernyataan | Fikirkanlah perkara lain sebelum kamu membuat sebarang tindakan. |
tah | Untuk menegaskan sesuatu pernyataan dan keadaan harian | Bilatah agaknya dia akan menyelesaikan hutang-hutangnya itu? |
Kata Penegas Akar
Kata Penegas Akar digunakan sebagai frasa nama sebagai subjek dan frasa prediket atau sebahagiannya.
Jenis ini sifatnya bebas yang bermakna ianya boleh berada pada awal, pertengahan dan akhir ayat.
Contoh-contoh yang boleh dirujuk adalah seperti berikut:
Contoh Kata | Huraian | Contoh Ayat |
Juga | Digunakan untuk menegaskan sesuatu pernyataan. | – Puat Siti Sarah juga pandai membuat kuih. – Hasmawi pergi ke sekolah juga walaupun demam. |
Lagi | Digunakan untuk memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat tanya. | – Kamu teruskan lagi sehingga berjaya. – Kamu belum balik lagi? |
Memang | Digunakan untuk memberi penekanan kepada ayat penyata. | -Amir memang tidak suka makan petai. -Shamsul memang akan menjadi jurulatih yang baru. |
Pun | Penekanan kepad ayat penyata | – Guru besar pun terlibat dalam gotong royong sekolah. – Alimi pun menutup radio dan pergi ke kedai. |
Sahaja | Untuk menegaskan atau memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat tanya | -Adakah Halim seorang sahaja yang hadir ke kelas Bahasa Malaysia itu? – Di dalam keluarga tersebut, hanya Hanani sahaja yang tidak mempunyai bakat dalam bidang lukisan. |
Sumber: https://pandai.me/note/read/kssm-bm-f3-02/kssm-f3-bm-05/ayat-penegasan