Kata Seru: Penggunaan & Contoh Ayat

Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti marah, terkejut, sakit, hairan, sindiran, terperanjat, sedih, hiba, takut, dan lain-lain lagi.

Cara penggunaannya atau intonasi orang yang bertutur menggunakan kata seru adalah nada meninggi atau menurun.

Kata ini digunakan untuk membentuk ayat seruan dan setiap ayat seruan akan berakhir dengan tanda seru iaitu !

Contoh Kata & Ayat

Contoh Kata Seru dan ayat yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

Contoh KataPenggunaanContoh Ayat
aduhaiMenyatakan perasaan sedihAduhai, apalah malang nasibku!
aduhMeluahkan perasaan sakit dan kagumAduh, sakitnya kakiku!
amboi/wahMenyatakan perasaan hairan atau kagumWah, besar sungguh rumah itu!
Amboi, mahal jam tangan ini!
ahMenyatakan tidak setuju atau menolak sesuatuAh, ini semua karut!
ohMenyatakan rasa terkejut hairan, gembira atau mengharapOh, ini rupanya kereta kamu!
Oh Tuhan, ampunilah kesalahan-kesalahanku!
haiMenegur seseorang atau mahu menarik perhatianHai, awak yang berbaju hijau itu!
wahaiMenyatakan perasaan sayang atau merayuWahai gadis yang rupawan!
cis/nahMeluahkan perasaan marah atau benciCis, berani kau datang ke rumah aku!
Nah, ambil balik duit engkau ini!
syabasMeluahkan perasaan gembira atau apabila mengucapkan tahniah Syabas kerana berjaya menamatkan pengajian!
alamakMenyatakan perasaan terkejutAlamak, sudah pukul 8.30 pagi!
bedebahMenyatakan perasaan marahBedebah, berani engkau menendang basikal aku!

Sumber: https://question.pandai.org/note/read/kssm-bm-f2-16/KSSM-F2-BM-05-01

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: