Kelas Bahasa PPAS: Belajar 12 Bahasa Serendah RM10 Setiap Kelas

Individu sama ada kanak-kanak sehingga dewasa kini boleh mengikuti kelas bahasa anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan hanya serendah RM10 bagi setiap kelas.

Untuk makluman, PPAS telah ditubuhkan melalui enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968  dan operasinya bermula dengan pengambilalihan Kelab Buku Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1971 untuk dijadikan sebagai ibu pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Pada hari ini, PPAS beroperasi di Seksyen 13, Shah Alam yang mana perpustakaan ini merupakan hadiah daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor kepada rakyat Selangor sempena pengisytiharan “Selangor Maju 2005.”

Bagi menyemarakkan budaya ilmu di Negeri Selangor, PPAS telah melaksanakan banyak program kelilmuan dan salah satu program yang dijalankan ialah Kelas Bahasa PPAS.

12 Kelas Bahasa

PPAS menawarkan 12 kelas bahasa yang merangkumi bahasa-bahasa utama yang dituturkan di seluruh dunia iaitu:

  • Bahasa Arab-Kanak-kanak, Remaja, Dewasa
  • Bahasa Turki-Dewasa sahaja
  • Bahasa Jerman-Dewasa sahaja
  • Bahasa Mandarin-Kanak-kanak, Remaja, Dewasa
  • Bahasa Tamil-Kanak-kanak, Remaja, Dewasa
  • Bahasa Spanish-Dewasa sahaja
  • Bahasa Itali-Dewasa sahaja
  • Bahasa Jepun-Dewasa sahaja
  • Bahasa French-Dewasa sahaja
  • Bahasa English-Kanak-kanak, Remaja, Dewasa
  • Bahasa Belanda-Dewasa sahaja
  • Bahasa Korea-Kanak-kanak, Remaja, Dewasa

Kekerapan Kelas

Pada ketika ini, semua kelas yang dijalankan adalah secara atas talian akibat penularan pandemik COVID-19.

Bagi mereka yang menyertai Kelas Bahasa PPAS ini, setiap kelas bahasa akan dijalankan 4 kali sebulan.

Kategori Umur

Kategori umur bagi mereka yang ingin menyertai kelas bahasa ini adalah seperti berikut:

  • Kanak-kanak (7-12 tahun)
  • Remaja (13-17 tahun)
  • Dewasa (18 tahun ke atas)

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar dalam mana-mana kelas bahasa tersebut, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://ppas.onpay.my/prospect/form/bahasa.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Pilih kelas bahasa pilihan yang diingini.
  4. Masukkan alamat dengan lengkap.
  5. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Kelas Bahasa PPAS ini, sila hubungi PPAS di talian 03-55197667.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: