5 Kelebihan Universiti Awam Di Malaysia
Melanjutkan pengajian di Universiti Awam atau Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merupakan antara pilihan utama lepasan SPM atau STPM di Malaysia.
Universiti Awam merupakan universiti yang dimiliki dan dibiayai oleh kerajaan Malaysia yang menyediakan pelbagai program pengajian yang ditawarkan kepada pelajar.
Sehingga kini, terdapat terdapat 20 buah Universiti Awam di seluruh negara yang menjadi pilihan pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi.
Kategori Universiti Awam
Universiti Awam di Malaysia dikategorikan kepada 3 kumpulan, iaitu:
- Universiti Penyelidikan
- Universiti Komprehensif
- Universiti Berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan).
i) Universiti Penyelidikan
Universiti Penyelidikan merupakan universiti memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan.
Universiti dalam kategori ini adalah seperti berikut:
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
ii) Universiti Komprehensif
Universiti Komprehensif menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian kepada para pelajar.
Universiti dalam kategori ini adalah seperti berikut:
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
iii) Universiti Berfokus
Universiti Berfokus ialah universiti yang memberikan tumpuan kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya.
Untuk kategori ini, universiti yang dimaksudkan terdiri daripada universiti berikut:
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Malaysia Perlis
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Kelebihan Universiti Awam
Terdapat 5 kelebihan universiti awam berbanding universiti swasta di Malaysia iaitu:
i) Kos Pengajian
Kos pengajian di universiti awam adalah lebih murah berbanding dengan universiti swasta kerana universiti awam dibiayai oleh kerajaan Malaysia.
Manakala universiti swasta dibiayai oleh pihak swasta yang menyebabkan yuran pengajiannya lebih mahal.
ii) Program Pengajian
Universiti awam menawarkan pelbagai program pengajian seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang, sains sosial dan lain-lain.
Berbanding universiti swasta, universiti ini menawarkan program pengajian yang lebih tertentu, khusus dan spesifik.
iii) Kualiti Pensyarah
Jumlah pensyarah yang memiliki PhD di Universiti Awam lebih banyak berbanding universiti swasta.
Oleh kerana itu, kualiti penysarah di Universiti Awam dilihat lebih baik berbanding universiti swasta.
iv) Kemudahan yang Disediakan
Kemudahan pembelajaran di Universiti Awam adalah lebih baik berbanding universiti swasta.
Ini kerana, kerajaan menyediakan dana yang cukup bagi menambah baik kemudahan pembelajaran di Universiti Awam dari semasa ke semasa.
Ini termasuklah kemudahan yang disediakan bagi aktiviti dan kegiatan sukan kepada para pelajar.
v) Peluang Menyambung ke Peringkat Lebih Tinggi
Universiti awam juga mempunyai banyak peluang untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Sarjana, Doktor Falsafah, atau kajian lanjutan.
Ini kerana pelajar yang lulus dari universiti awam juga mempunyai peluang yang lebih besar untuk memperoleh pekerjaan kerana universiti awam diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan sering menjadi pilihan utama majikan terutamanya di Malaysia.
Sumber: https://blog.pandai.org/ipta-dan-ipts-mana-yang-lebih-bagus/