Kemaskini UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf 2024/2025
Pelajar lepasan STPM/Setaraf yang telah memohon kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi akademik 2024/2025, anda boleh membuat kemaskini UPUOnline mulai 27 Julai 2024 sehingga 2 Ogos 2024.
Berikut maklumat mengenai perkara ini dan cara untuk membuat kemaskini.
Mengenai UPUOnline
Untuk makluman, permohonan kemasukan ke IPT bagi lepasan STPM dilakukan menerusi sistem UPUOnline.
UPUOnline merupakan sistem permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM secara online yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Selain membuat permohonan kemasukan ke IPT, pemohon yang gagal dalam permohonan juga boleh membuat rayuan melalui sistem ini dan ini adalah tertakluk kepada pengumuman yang dibuat oleh KPT dari semasa ke semasa.
Kemasukan Ke IPT
Sistem UPUOnline merupakan sistem yang membolehkan pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf memohon kemasukan ke IPT berikut:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik Konvensional
- Politeknik Premier
- Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
- Kolej Komuniti
Kategori Kemaskini
Kategori kemaskini yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
i) Kategori STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM
- Kemaskini pilihan program pengajian kecuali yang telah dipanggil temuduga dan/atau ujian.
- Hanya program pengajian yang memenuhi syarat khas akademik sahaja akan disenaraikan dalam pilihan.
ii) Kategori Diploma/Setaraf
- Muat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik sahaja.
Syarat Am Permohonan
Syarat am permohonan ke IPT bagi lepasan STPM/setaraf seluruh Malaysia adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. Kad Pengenalan/My Kad sahaja.
- Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.
Cara Permohonan/Login UPUOnline
Bgai lepasan SPM atau STPM yang ingin memohon kemasukan ke IPT, sila ikuti langkah-langlah berikut untuk login UPUOnline:
- Layari laman web UPUOnline iaitu https://upu.mohe.gov.my/.
- Klik bahagian ‘Daftar Akaun Baru.’mengisi semua maklumat pemohon dan maklumat keselamatan akaun.
- Setelah selesai, klik butang ‘Daftar’ untuk menyelesaikan proses pendaftaran.
- Login semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Setelah berjaya login, isi semua info permohonan yang diperlukan dan klik butang ‘Seterusnya.’
- Isi maklumat yang berikut untuk melengkapkan permohonan:
– Maklumat peribadi
– Maklumat keluarga
– Maklumat akademik
– Pilihan program
– Maklumat tambahan - Setelah selesai mengisi semua maklumat tersebut, buat pengesahan dengan menandakan pengakuan pada kotak yang disediakan.
- Klik butang ‘Sah & Hantar’ untuk menghantar permohonan.
- Cetak Slip Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Cara Kemaskini UPUOnline
Untuk mengemaskini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web UPUOnline iaitu https://upu.mohe.gov.my/.
- Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Klik butang ‘Log Masuk.’
- Kemaskini maklumat yang diperlukan.
- Pastikan semak semua maklumat yang diisi adalah betul.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kemaskini permohonan bagi lepasan STPM/Setaraf 2024/2025, sila layari laman web iaitu https://upu.mohe.gov.my/.
Baca juga: