Permohonan Kemasukan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab Tingkatan 4

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan bagi murid lepasan Tingkatan 3 Tahun 2021 untuk memohon program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab bagi ambilan ke-2.

Untuk makluman, program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab merupakan penggabungan kurikulum kebangsaan aliran Tahfiz Sains dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Kitab Turath untuk murid tahfiz terpilih pada peringkat menengah atas.

Pelaksanaan program ini adalah bagi memantapkan dan memperkasakan KBT dalam arus perdana ke arah melahirkan murid-murid yang seimbang dan cemerlang dalam mata pelajaran berasaskan aqli dan naqli serta ilmu turath.

Untuk kemasukan Tingkatan 4 ambilan ke-2 bagi tahun 2022, permohonan boleh dilakukan mulai 14 Mac 2022 sehingga 21 Mac 2022.

Kurikulum & Mata Pelajaran

Kurikulum dan matapelajaran yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Biologi
  • Fizik
  • Tahfiz Al-Quran

Selain itu, pelajar akan mempelajari mata pelajaran kitab turath:

  • Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah
  • Turath Al-Lughah Al-Arabiah
  • Turath Al-Dirasat Al-Islamiyah

Lokasi Sekolah

Lokasi sekolah yang akan melaksanakan program ini adalah di:

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut,
Kompleks Sekolah Menengah Imtiaz,
Yayasan Terengganu Besut & Kota Putra,
22200 Besut Terengganu

Syarat Permohonan

Pelajar yang ingin memohon program ini perlu memenuhi syarat permohonan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Murid yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) KPM dari sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah-sekolah Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Yayasan Negeri dan sekolah-sekolah swasta yang berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Swasta atau Pihak Berkuasa agama Negeri (PBAN).
  3. Pemilihan calon akan dinilai berdasarkan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan (PAJSK).
  4. Calon telah menguasai hafazan al-Quran sekurang-kurangnya 15 juzuk yang diperakukan oleh pihak sekolah.
  5. Calon akan melalui proses temuduga secara atas talian.Calon-calon yang terpilih menghadiri temuduga dikehendaki mengemukan dokumen seperti berikut:
    – Salinan keputusan akhir Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) atau peperiksaan pertengahan/akhir tahun 2021 yang telah disahkan.
    – Buku rekod hafazan al-Quran yang telah disahkan oleh pihak sekolah.
  6. Mempunyai tubuh badan yang sihat untuk mengikuti pengajian ini sepenuhnya sehingga tamat Tingkatan 5.

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://ytklik.terengganu.gov.my/application/4/online.
  2. Isi no kad pengenalan yang diperlukan dan klik butang ‘Semakan/Permohonan Baru.’
  3. Jika tiada rekod, klik butang ‘Permohonan Baru.’
  4. Baca syarat-syarat permohonan, tandakan pada kotak yang sepatutnya dan klik butang ‘Seterusnya.’
  5. Isi maklumat berikut dengan lengkap:
    – Maklumat permohonan
    – Maklumat pemohon
    – Maklumat akademik
    – Maklumat bapa/penjaga
    – Maklumat ibu
    – Maklumat tambahan
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat selesai diisi.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat yang lebih terprinci mengenai program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=GnIIv9L_CqY.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *